Saturday, July 14, 2012

Terima kasih II

Terima kasih
kerana benarkan kakiku menjejak
tanah bertuahMu ini
negara berdaulat
sanjungan rakyat
aku masih mimpi duduk bertenggek di pinggir pantai 
sambil menikmati udara nyaman 
dan disapa senyuman manis
rakan taulan di sini
terima kasih, 
ketika aku berkelana di sini
kau tetap jua menumpangkan aku nikmat
sekuntum ketenangan dan semekar embun nikmat. 


Ya Allah, 
kutunaikanlah segenggam hasrat
menelusuri tanah moyang dan menyusuri salsilahku. 


Muara Brunei-Kota Kinabalu Sabah.

No comments: