Friday, July 27, 2012

Api Pertelingkahan




Dalam pembahagian yang tak tentu
perebutan harta pusaka
Yang hanya sekangkang cuma
Namun nilai pertelingkahan bukan sedikit sahaja
Menyeluruh ruang ketidak adilan
Membuak-buak rasa dendam
Membuak-buak rasa ingin menyelesaikan
Sebuah harta yang sedikit julatnya

Memang kala ini
Api  di Mesir masih menyala
Tetapi api pelita di Kuala Penyu yang makin marak
Lebih besar maranya
Di hati para ahli waris

Memang mereka semua tidak mahu kalah
Ada-ada sahaja alasan
Untuk tidak menyerahkan
Namun hakikatnya harta arwah
Itu harus dibahagi sama rata
Agar tidak dituntut kemudian nanti

15.2.11/KK-KP-Menumbok

No comments: