Wednesday, July 18, 2012

Sukan Sekolah


Sibuk dengan aktiviti sekolah yang tidak pernah habis sejak akhir-akhir ini. Sudah dua hari kami sibuk melatih anak-anak bangsa bagi menyertai acara-acara padang dan balapan. Persediaan pakaian murid yang menyertai perbarisan dan makanan peserta-peserta tidak kurang juga pentingnya. Acara padang akan berlangsung pada 17 Julai 2012 dan acara balapan akan berlangsung pada keesokan harinya. Hari Sabtu bersamaan pada 14 Julai 2012 akan berlangsung Sukantara iaitu bagi mengutip mata kepada rumah-rumah sukan yang terlibat. Mudah-mudahan kemenangan di tangan anak-anak murid yang sentiasa menginginkan kemenangan. InsyaAllah. 
     Hari ini berlangsungnya Sukantara. Semua murid dari Rumah sukan Sapphire yang telah dipilih mewakili rumah untuk Sukantara telah pun hadir. Tahniah. Malah, sekali lagi diberitakan rumah Sukan Sapphire telah memungut mata terbanyak dalam SUkantara tersebut. Sekali lagi syukur alhamdulillah kurangkumkan kepada Allah atas kuniaanNya kepada rumah sukan Sapphire. Sekali lagi juga tahniah kepada semua murid dan guru yang bertungkus lumus memikirkan kemenangan. Tanpa usaha kalian semua, siapalah Ketua Pasukan dan Rumah Sukan Sapphire. Moga-moga murid-murid terus berjaya memungut kemenangan dalam sukan sekolah nanti pada 18.7.12 (Rabu) ini. 
     Janganlah kita kata-mengata sesama kita di rumah yang sama, malah saling bantu-membantu lah kita sesama rumah sukan untuk kebaikan bersama. Apatah lagi mengata guru di depan murid, perkara yang sungguh melanggar etika seorang guru. Hendaknya guru yang telah mengata-ngata guru sesama rumah sukan itu bertaubat kepada Allah SWT. Siapalah saya hendak menasihati, hanya hamba Allah yang hina dan naif. Apatah lagi, saya ini lidut dalam melakukan sesuatu di sekolah itu...
     Terima kasih juga atas kerjasama semua murid dan guru-guru. Semoga ganjaran Allah jua sebaik-baik jalan kemenangan. Saya sebagai hamba ini hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT, moga rahmat Allah tidak pernah putus hendaknya untuk saya yang dhaif ini. 

No comments: