Friday, July 13, 2012

Pertemuan di Sebuah Cafe di Sebuah Ibu Kota

Saya begitu teruja. Kata kawan saya, ada pelajar atau mahasiswa-mahasiswa dari Institut Perguruan Tawau Sabah hendak berjumpa dengan para penulis di Kota Kinabalu, termasuklah dalam senarai saya, Noraini Osman, penulis novel remaja dan kanak-kanak sebenarnya ada menghasilkan novel remaja dan kanak-kanak. Jadi, nama saya termasuklah dalam senarai yang dicari. Syukur alhamdulillah. Malangnya,kawan saya memberitakan itu ketika saya sedang menghadiri sebuah majlis perjumpaan mualaf2 Sabah di Tamparuli dan saya mendeklemasikan puisi Islam di situ. Jadi, saya tak sempatlah menunjukkan novel-novel saya kepada mereka (Mahasiswa2 itu). Para mahasiswa itu berjumlah lebih kurang 10-15 orang ramainya. Kami berbual-buallah mengenai novel-novel saya dan adakalanya saya mendiamkan diri kerana tanpa karya saya tak tahu nak cakap apa kan? Jadi, kawan saya, Kak Siti Rahmah G. Ibrahim yang banyak ditanya sebab dia membawa sekumpulan novel-novelnya untuk dibincangkan pada petang itu. Sesekali saya menyampuk dan Kak Ramlah.  Perjumpaan kami itu berlangsung di Cafe Petagas 2 lebih kurang jam 2.00 petang hingga 4.00 petang pada hari Sabtu 7.7.12 yang lalu. Gembiranya hati kerana menjadi insan terpilih bercakap mengenai karya pada petang yang mulia dan penuh berkah itu. 
Di kedai inilah kami berbincang mengenai karya  kami.
     Namun apa yang sangat menjadi ingatan pahit dan berasakan diri sungguh malang, biarpun bukan sebuah kerugian apabila tempat kami berbual dan minum serta makan tengahari itu, tempat duduk kami itu didenda sebanyak RM20.00 tidak termasuk makan dan minum. Sungguh terkejut rasa hati ini. Semua kami terkejut! Bukan kerana berasa RM20.00 sungguh mahal, tetapi sungguh hairan, kenapa sebuah ruang tempat kami bercakap mengenai karya dan berbual-bual sambil makan itu didenda pula? Kenapa? Bukankah kalau pelanggan datang ke kedai, itu rezeki namanya? Kenapa harus didenda pula? 
      Oleh kerana kawan2 tidak puas hati, kami pun bertanya kenapa kami harus didenda sebanyak RM20.00 itu sedangkan kami semua makan, minum dan bukannya bercakap2 kosong di situ. Perempuan yang juga tuan punya kedai itu begitu marah dan memberikan alasan kedai penuh sehingga pengunjung lain tak dapat masuk. Benarkah begitu? Bukankah kalau pelanggan dilayan dengan baik, akan ramai lagi pelanggan yang masuk dan banyak lagi wang masuk ke dalam kocek kedai? Sebaliknya apa yang berlaku? Oh, sungguh sedih sekali!

No comments: