Kalaulah semalam boleh diulangtayang
ingin sahaja aku terbang bebas
di cakerawala
tanpa ada penghalang
tanpa rasa bersalah
tanpa perlu meminta
tanpa perlu resah
tanpa segala rasa curiga
dan metah dipersalahkan.
Kalau kehidupan ini boleh diulangtayangkan
aku mohon jangan lahirkan
aku ke dunia fana ini
biarkan aku duduk diam
di dalam rahim emak
tanpa sempadan pilu
tanpa sempadan masalah.
Namun,
semuanya hanya kerana kalaulah
kehidupan boleh diulangtayangkan
kini, aku menghadapi hari ini,
esok, dan masa depan
dengan sebuah tabung tabah
dan segenggam pasrah
kerana ini janjiku di alam bayi
suatu waktu dulu.
Jangan pula kau menyalahi qada' dan qadar Ilahi.
Postedby: NoorainieOthman, KK
No comments:
Post a Comment