Monday, July 9, 2012

Rajuk

Sebuah cerpen:

Dia tidak tahu hendak kata apa. Emak merajuk. Dia sendiri llebih merajuk dengan sikap emak. Namun dia diamkan. Dia sudah merajuk sehingga ke kota singa ini. Dia merajuk. Sungguh dia merajuk. Emak mengasaknya dengan pelbagai soalan. Dia tidak ada jawapan. Dia tidak belum sedia dengan jawapan. Malah, soalan emak menakutkan diirnya. Kalaulah emak mahu menerima dirinya dan kekurangannya, dia tidak akan merajuk sejauh ini. Entah kenapa dia biarkan emak merajuk dan dia sendiripun merajuk. 
     "Tak usahkan sibuk pasal saya mak, biarkan saya begini," katanya suatu hari yang sudah berlalu. 
     "Biarkan begini? Kau boleh ubah! mana boleh biarkan!" asak emak lagi. Dadanya semakin sesak. Kembung oleh kata-kata emak yang bukan-bukan. Apalagi kalau sudah menyakitkan bertambah darjah kemarahannya. Salahkah?
     "Ya biarlah begini mak, saya rela begini." jawabnya perlahan. Sebenarnya dia ingin menjeritkan jawapan itu namun ditahannya suaranya. 
      "Takkan kau nak begini selamanya, hidup kau tak terurus, emak dah tua ni. Siapa nak jaga kau kalau mak sudah uzur dan kelak mati?" dia tersengih. Emak setahunya tidak mengenal mati dan uzur. EMaknya sihat sentiasa. Lama juga dia ketawa. Emak jadi letih dengan sikapnya. EMak menjelingnya. Dia sudah menyakiti hati emak. Hati emak halus. 
       "Saya tahu uruskan hidup saya mak. Kalau mak tak mahu menumpangkan teduh di rumah mak ni, biarlah saya bermastautin di mana-mana. Say atak kisah. Saya boleh pergi bila-bila masa kalau emak tak mahu terima saya lagi!" Terbuntang mata emak. Hilang suara. Sayang, hari ini berlalu dengan perselisihan. Sepatutnya hari ini dihabiskan basahan zikir di hatinya tetapi lain pula yang berlaku. Ah, esok takkan sama lagi dengan lusa atau bila-bila masa sahaja. Hari ini tetap lain. Sayangnya mereka berdua anak beranak tidak pandai memanfaatkan masa. 
     "EMak hanya nasihatkan kau, kalau kau tak nak dengar, tak apalah!" jawab emak sayu. Dia pandang wajah emak dengan pelbagai rasa. Emak juga pandang wajah kelatnya dengan pelbagai rasa. 
     "Bukan tak mahu dengar mak, saya faham, tapi biarlah kita berjauhan saya tak dapa lagi terima kata-kata emak sekarang ni," katanya. Bunyinya sudah merajuk habis. Berdosakah dirinya?
      Dia melangkah dari anak tangga rumah emaknya warisan ayahnya itu. Tingallah emaknya sendirian. Dia akan membawa rajuknya sendirian.Sebenarnya dia mencari sesuatu untuk membuktikan kata-kata emaknya. Ah, benar rajuknya sudah meninggi. 
     "Kau mahu ke mana lagi? dulu kau sudah hilang dua tahun, sekarang kau pergi lagi?" laung emak pabila dia sudah mengangkat beg sandang kegemarannya. Dia tidak menoleh.
     "Saya ada kerja di Tuaran mak, barang dua bulan. Jangan tunggu saya balik tahu mak, emak pergilah ke rumah anak-anak mak yang lain, saya sibuk kerja ni," pesannya tanpa melihat wajah emaknya. Tangan tua kerepot itu disalaminya. Dia kasihan juga melihat wajah emak tetapi dia sudah terlanjut merajuk dengan perbuatan emaknya. Mungkin dia tidak suka emaknya menceritakan keburukan dirinya kepada adik beradik atau jirana-jirannya yang lain. Malunya membukit di wajahnya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan orang awam?
      Rajuknya sudah jauh. Dia tidak tahu bagaimana berpaling lagi. 

Postedby: NoorainieOthman, 9.7.12
   

No comments: