Mungkin kerana belum saling mengenali
antara kita
maka, tunas-tunas perbualan hati
lebih terarah kepada
prasangka yang memenuhi ceruk rasa
syak memburui segenap diri
benci menari-nari di mata hati
perkataan menyakitkan membingit di jiwa
perkataan menyakitkan membingit di jiwa
yang membunuh penyatuan silaturrahim
walaupun hakikatnya
dalam perbualan seharian
senyuman dan perkataan yang lahir
mewangi dan tertutup dari kebejatan
namun kerana kita tak saling mengenali
amalan palsu menjadi taruhan.
Kumaafkan sudah segalanya
biarlah Tuhan menjadi pengadil
yang sangat adil dalam menilai
ombak prasangka yang membadai tubuh hatimu
kerana aku sudah tidak tahu
bagaimana menenangkan ombak irimu,
gelombang syak sangka
dan membendung tsunami kebencian yang
menggelombang di dadamu.
Biarlah waktu membaca suratan takdir yang berlaku ini. Engkau pasti tahu bagaimana menjawabnya nanti.
Biarlah waktu membaca suratan takdir yang berlaku ini. Engkau pasti tahu bagaimana menjawabnya nanti.
Postedby: NoorainiOthman
No comments:
Post a Comment