Thursday, July 26, 2012

Hukum Memutus Silaturrahim

Assalamualaikum wt.wb.


Saya tidak berniat memburukkan sesiapa di sini. Mudah-mudahan kisah ini menjadi 
pelajaran dan teladan jika sesuai dan sempadan sahaja jika tidak sesuai. Saya 
mempunyai seorang sahabat, agak baru juga. Namun, tiba-tiba dia memberitahu saya 
yang ada orang tidak mahu melihat kami bersahabat rapat. Saya tidak bertanya siapa 
orang itu tetapi saya sangsi kenapa kata permintaan orang yang tidak berkaitan itu
yang dilayannya sedangkan yang memutuskan untuk bersahabat dan mengeratkan 
silaturrahim itu adalah dirinya sendiri. Kenapa ada orang lain yang menentukan atau 
mengawal atau meremote dengan siapa yang dia mesti bersahabat. Pelik...pelik...memang 
pelik manusia seorang itu. Malah, kasihan, apa yang membikin saya kasihan apabila 
dia tidak tahu membuat keputusan dengan siapa dia mahu bersahabat atau berkawan. 
Memang ajaib, dalam dunia yang serba moden dan canggih ada juga manusia yang mabuk, 
kolot, tidak ada pendirian dalam hidup dan mengikut telunjuk orang lain, atau sengaja buat 
alasan sahaja padahal dia yang meremote orang tersebut tetapi sengaja buat cerita 
dan tiba-tiba memutuskan silaturrahim secara tiba-tiba. Subhanallah, ampunilah 
dosa-dosaku Ya Allah. Ampunilah aku! Jika aku yang telah terpilih untuk menerima 
keaiban sikap sahabat ini, aku mohon ampunkan dosa-dosaku dan beri dia petunjuk agar 
dia kembali ke pangkal jalan sebelum dia masuk ke liang lahad. Aku mohon kepada 
Engkau Ya Allah dalam bulan Ramadhan penuh berkah dan rahmat ini. Memang aku 
sungguh terkejut dengan sikap manusia yang sudah agak tua dan dewasa ini tetapi 
berperangai seperti kanak-kanak 11 tahun. MasyaAllah! Memang aneh, pelik dan gila 
manusia satu itu. Konon ada pelajaran tetapi dia treat dirinya macam budak yang hanya 
ada kelulusan darjah 6!


Kisah ini hanya satu kisah teladan atau sempadan buat kita mendepani hidup yang 
penuh cabaran di muka bumi yang kian uzur ini. Moga-moga kita mahu sahaja 
memikirkan bagaimana mengeratkan silaturrahim. Jika pun tidak bertemu bersua 
muka dan makan minum bersama, atau bertepuk bahu dan bertukar senyuman, 
cukuplah doa di kejauhan moga-moga saudara, 
sahabat2 atau handai taulan dan sesiapa sahaja yang kita kenangi itu akan kita dalam  kesejahteraan 
dan bukan putuskan silaturrahim yang membawa pendeknya hayat dan jalannya ke neraka! 
Nauzubillah. Saya bukan bermaksud menggurui walaupun saya seorang guru. Saya hanya 
mengongsikan sebuah kisah hidup yang denai yang berliku ini. 

Tanggungjawab Muslimin dan muslimat  mengeratkanlah silaturrahim dalam mencapai 
keistimewaan mengeratkan silaturrahim di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh 
memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa 
kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu 
berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah 
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:
“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang 
yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, 
kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. 
Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. 
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkanlah keduanya 
sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)
Nabi juga bersabda : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya 
lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya 
dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya 
akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan 
menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak 
bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat 
riwayat sohih dari al-bukhari )

Nabi bersabda lagi: Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)



Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil 
dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua 
orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan 
saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:



Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara 
kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)


Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji 
sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:



1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan 
silaturrahim.



2. Membawa kebahagiaan.



3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.



4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.



5. Mengisi kesedihan Iblis.



6. Dipanjangkan umur.



7. Menperoleh keberkatan rezeki.



8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira 
dengan eratnya silaturahim itu.



9. Bertambah-tambah kehormatannya.



10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap 
kali disebut kebaikannya.


Sumber: Mufti Brunei

No comments: