Thursday, December 16, 2010

Kunjungan Ke Miri Sarawak

Noraini Bt Osman Mencatat Lagi:

Saya mensyukuri sejuta nikmat Allah yang tidak putus-putus memberikan saya keizinan untuk menumpangkan diri saya di Miri. Acara Dialog Teluk ke 7 telah membawa saya ke Miri ini. Tidak pernah saya membayangkan yang saya akan tiba di Miri pada kira-kira pukul 10.32 pagi 16 Dis 2010. Kami datang ke sini dengan tujuh orang penulis dari Sabah. Kami disambut oleh penulis di Miri, Poul Nanggang dan beberapa rakannya yang juga ahli persatuan di Miri iaitu persatuan PUTERA. Mereka sungguh peramah dan secara peribadi terima kasih kepada Sudan seorang wartawan yang juga seorang penulis di Miri ini.

Kami kemudiannya dibawa ke Hotel Kingwood Inn untuk menginap di sana selama semalam. Ini kerana acara akan bermula pada keesokan harinya. Selepas check in kami pun pergi menjamu selera di Restoran Muara Founder by Lalapan. Saya meminta makanan Lalapan Tenggiri dan air 3 asam. Saya kira makanan yang saya order itu tidak ada di negeri saya Sabah. Memang istimewa sekali dan sungguh menakjubkan pengalaman yang saya perolehi di sini. Sejuta terima kasih saya syukuri kepada Ilahi.

Selepas itu, saya dan rakan2 terutamanya Kakak saya,  Ony Latifah Osman, kak Chah dan Wellnee bersiar-siar di sekitar tempat penginapan kami. Kami ke Boulvad Mall dan Parkson. Kami hanya berjalan kaki sahaja sehingga pukul 5.00 petang dan balik ke Hotel Kingwood Inn semula. Pada waktu malam saya dan rakan-rakan sudah agak kepenatan dan kami berehat sahaja di bilik.

Pagi ini kami minum di Restoran Rasa Ceria dan mencicipi roti canai, nasi lemak dan air panas. Setelah itu kami bertemu secara tidak sengaja di bawah pokok Presiden Pena, Mat Salleh dan Dr Mohamad Razali Yusof. Kami sempat berbual2 dengan penulis2 Sabah yang lain dan orang kuat PENA dari Kuala Lumpur.

Sebelum acara Dialog Teluk bermula saya sempat singgah di Cyber Cafe ini. Alhamdulillah.

No comments: