Kita Kongsi 10 kata-kata yang boleh merangsang motivasi agar dapat merenungi diri kita sendiri.
1. "Berusahalah dengan
ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan
di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam
keadaan sedar atau tidak."
2. "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan
seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati."
3. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus."
4. "Orang yang sebenarnya berani ialah bukan mereka yang lekas patah hati,
tetapi mereka bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran."
5. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang
belum kamu selesaikan."
6. "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai."
7. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian."
8. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan
niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke
bawah."
9. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap
halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."
10."Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak
semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan."
No comments:
Post a Comment