Monday, January 9, 2012

Menghadiri Temuduga Kerajaan

Noraini Bt Osman mencatat;

  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
ujianpacBacalah dua benda ini sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk semua calon Ujian atau temuduga kerajaan 2011 dan semoga berjaya melayakkan diri untuk semua kekosongan nanti!

Sunday, January 8, 2012

Bengkel Pemantapan Cerpen

Noorainie mencatat;

Sudah lama saya berhasrat menulis sesuatu sebagai merakam pengalaman saya semasa mengikuti bengkel di Kundasang pada 16-17 Sept yang lalu. Kadang-kadang saya menyalahkan kuasa masa yang terlalu cepat meninggalkan saya sehingga saya leka dari membuat kerja-kerja yang sememangnya kerja saya. Sebenarnya saya juga yang sibuk dengan tugasan harian saya.

     Bengkel Pemantapan ini lebih kepada perbincangan karya yang telah dihantar sebelum bengkel kepada Encik Jasni Matlani untuk dimantapkan lagi. Tetapi ada juga penulis yang menulis cerpen yang tidak cukup syarat dan terpaksa ditolak. Untuk pengetahuan, bengkel ini disertai oleh beberapa penulis Sabah yang telah mantap dan memang diakui kehebatan mereka di persada penulisan negeri mahupun kebangsaan. Penulis itu ialah Sdr Ruhaini Mad Darin, Sdr Dygku Masturah, Sdr Amini, Sdr Jair Sulai, Sdr Raymond Majumah, Sdr Faridah Abdul Hamid, Sdr Siti Rahmah G. Ibrahim, Sdr Katharina Tati dan beberapa penulis baru yang sedang berkembang mekar namanya di peringkat negeri dan kebangsaan. (Maaf, saya hanya menyebut beberapa nama).

     Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Jasni Matlani (JM) atas nama persatuan BAHASA. Bengkel ini diserikan oleh dua penceramah terkenal dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Encik JM banyak bercakap mengenai watak lelaki dalam karya dan ia merupakan watak yang tahan lama. Beliau juga mengambil contoh Kisah Nabi Yusof dari Surah Yusof. Tuan Haji pula bercakap mengenai perkembangan sastera dan bagaimana menjadi penulis tersohor pada masa akan datang. Encik Mohd Shaiddan Mohamad pula menyentuh mengenai bahasa dalam karya.

     Kesimpulannya, bengkel itu banyak membantu meningkatkan lagi semangat dan tahap penulisan penulis. Dengan berbengkel juga kita dapat bertemu dengan penulis lain dan bertukar-tukar maklumat serta mempelajari pengalaman berkarya dari penulis lain. Namun, jika kita benar-benar ingin menjadi penulis besar dan masyhur dengan karya-karya yang agung, ia banyak bergantung kepada diri sendiri bukan hanya bergantung kepada bengkel semata-mata. Tanpa usaha gigih dari dalam diri, bengkel hanya tinggal bengkel dan karya-karya penulis entah ke mana! (Saya bercakap kepada diri sendiri yang nanar dalam karya!Tidak berniat menyindir sesiapa.)

    Akhir sekali sebelum balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas mini, kami sempat membeli sebakul jambu yang baru dipetik dari pokoknya. Terima kasih juga kepada pemetiknya. Kami makan dengan gembira di dalam bas mini walaupun jambu belum dicuci. Saya juga merakamkan terima kasih kepada Encik JM kepada memberi peluang kepada saya untuk berbengkel di Kundasang. Begitulah sekelumit kisah yang dapat dikongsikan ketika saya berbengkel di Kundasang yang sejuk dan anginnya nyaman dan saya pasti kalau saya lama di situ, pasti sebuah novel siap dengan mantap! Hehe!