Wednesday, June 20, 2012

Perjalanan Ke Brunei 1


Keinginan untuk ke negara Brunei Darul Salam menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi apabila kakak ipar mempelawa saya pergi ke negara berdaulat itu. Pada 15 Jun 2012 hasrat saya hampir tercapai. Alhamdulillah jua saya panjatkan kepada Ilahi atas limpahan rahmat dan kasih sayangNya dapatlah saya menjejaki salasilah nenek moyang saya di sana. Bukan tidak pernah ke negara Brunei, saya pernah ke sana pada 3 Jun 2011. Tetapi saya hanya singgah semalam di sana dan menginap di sebuah hotel. Saya tidak berjalan ke mana-mana kecuali ke rumah saudara di sebuah flat menempatkan pekerja-pekerja istana Sultan Brunei. 
         Lebih kurang jam 7 27 malam kami bergerak ke Sipitang-Sindumin untuk pemeriksaan emegresen yang pertama. malangnya, tidak sempat. Pemeriksaan pertama itu sudah sampai lebih kurang jam 9.30 malam, kami baru tiba di pekan Sipitang. Perjalanan ke Sindumin mengambil masa kira-kira setengah jam lagi. Abang saya pula menahan kelaparan. Kami takut tidak sempat tiba di Sindumin. Mahu atau tidak, kami tidak banyak pilihan. Kami harus bermalam di pekan Sipitang.  Kami mencari bilik hotel. Semua hotel sudah penuh. Hendak mencari saudara pada waktu tengah malam ini, rasanya tidak patut. Mahu atau tidak, apakah pilihan yang ada? Mencari bilik hotel. Itu sahaja. Syukur, bilik di Hotel Esplanad masih kosong. Ia berdepan dengan pantai. Kawasannya memang strategik dan cantik. Kebetulan malam, kami tidak dapat menikmati indahnya pemandangan. 
       Kira-kira jam 6.55 pagi, dengan cahaya matahari yang menyerlah cantik, kami bertolak ke Sindumin dengan menaiki Frontier Nissan dengan adik dan abang saya sekeluarga menaiki Dmax. Kami pun bertolak ke Sindumin dan akan singgah di Lawas. 


Sekian dulu untuk pengembaraan pertama. 


Noorainie. 

No comments: