Wednesday, August 22, 2012

Rahsia Air Sembahyang‏


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Kadang-kadang tanpa kita sedari setiap hari, kita bercakap
benda-benda yang tak berfaedah. Jadi, sewaktu mengambil wudhuk kita disunatkan berkumur-kumur.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Pada hari pembalasan kelak, ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini'.
Ahli syurga menerima hisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisabku di tangan kiri ku ini'.
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Tanpa kita sedari, setiap hari kita mendengar orang
mengumpat, memfitnah, mencerca dan bercakap yang bukan-bukan.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim'.
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,'Ya, Allah, bawakanlah aku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat'
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah jadi adalah penawar paling mujarab.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Jadi, inilah sebahagian rahsia air sembahyang yang adakalanya tidak disedari oleh kita selama ini. Moga-moga kita meendapat lebih banyak rahmat Ilahi. 

No comments: