Wednesday, August 22, 2012

Manuskrip Lulus Terbit


Alhamdulillah, pada 17 Ogos 2012 Puan Fareha dari Institut Terjemahan dan Buku Negara Kuala Lumpur menelefon saya. Hati saya berdebar kencang.Apakah sebabnya saya ditelefon pada pagi kira-kira jam11.00ini? Memang sungguh mengejutkan kan? Dia memberitahu bahasa Manuskrip cerpen saya yang telah saya hantar pada bulan Mei 2012 yang lalu telah lulus terbit. Manuskrip tersebut bertajuk "Mengejar Penghujung Pelangi", syukurlah kalau cerpen-cerpen lama saya itu akan diterbitkan. Syukur alhamdulillah. Moga-mogalancar sahaja prosesnya. Saya sangka manuskripitu sudah gagal untuk memenuhi piawaian terbit di ITBM. Namun, rezeki dari Allah tak siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha Memberi dan Pengasih. Alhamdulillah syukur saya panjatkan sentiasa kepada Allah SWT. Semoga Noraini Osman yang terasuh di kantung selesa ini bakal menulis terus hingga ke akhir hayatnya.Moga sahaja karya-karya Noraini Osman yang tertulis bakal terterbit nanti itu bakal dibaca oleh pelusuk manusia, sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Bacalah buah tangan Noraini Osman tanpa prejudis.jika ada pun yang terkilan atau tersinggung, anggaplah ia sebagai sempadan kehidupan kita, agar kita nanti kembali ke pangkuan Ilahi dengan tenang dan reda Tuhan.InsyaAllah.

Wasalam.

No comments: