Friday, November 11, 2011

Terkenang Sekolah; Sekolah Yang Hilang

Bismillahirahmaanirrahiim,

Semalam saya terkial-kial mencari 'sbpt' melalui facebook dan google. Aku pun terjumpa sebuah blog iaitu blog Achim entah Achim apa dan bertugas serta tinggal di Labuan. Tetapi yang menarik dan mengharukan ialah tajuk artikel yang ditulisnya, "Sekolah Yang Hilang," pasti dia menujukan hal itu mengenai sekolah Berasrama Penuh Tenom (SBPT) yang sudah hilang entah ke mana. Memang sedih. Hendak mencari sekolah saya yang hilang itu di mana kan? Pasti saya tak tahu di mana kecuali di dalam internet. Itupun facebook yang diwujudkan untuk SBPT kosong dan hanya ada logo sekolah. Terurailah jugalah sedikit kerinduan melihat logo sekolah itu. Rasa macam nak pergi sekolah tu semula dan belajar di sana serta bertemu dengan rakan-rakan sepersekolahan yang lucu, ceria dan kadang-kadang menangis kerana rindukan keluarga di kampung. Hmm, sedih dan harunya. Ingin sekali semua perasaan itu diulangi dan rakan-rakan itu ditemui. Tetapi di mana, samakah macam dulu kalau sudah lebih dua puluh tahun tidak bersua muka. Yang terbayang di wajah adalah Fauzianah, Marianah, Salmiah, Syamsul, Nina, Hamidah, Jasman, Noraindah, Ibrahim Bali, Jamal, Jita Saprah dan maaf ramai lagi tak bisa disebut namanya. Tetapi terkecuali dengan beberapa orang senior seperti Armani dan Awang Sarpuddin yang pernah terjumpa, itupun kami baru beberapa bulan belakangan ini jejak kasih, hehe..., rupanya kami bekas satu sekolah, sekolah yang hilang. Malu juga mahu mengaku sebab saya hanya jadi guru sekolah rendah cabuk sedangkan mereka sudah membina jenama dalam pekerjaan glamor dan bidang perniagaan. Saya ni siapalah kan! Siapa tak segan kan?

Penulis artikel itu adalah bekas pelajar SBPT tetapi senior dari saya. Saya pelajar sesi 1987 - 1989 di SBPT. Namun yang menggembirakan ialah hari ini 11.11.11 ialah apabila diumumkan di dalam blognya yang pertemuan dengan alumni SBPT akan diadakan di 1 Borneo Kota Kinabalu. Tempat pertemuan itu pula saya tanya dari Awang Sarpuddin yang kebetulan satu tempat kerja dengan orang kuat saya, hehe! Seronoknya nak jumpa dengan rakan-rakan sepersekolahan kan! Rakan-rakan dari sekolah yang hilang!

Namun, apa yang tak seronoknya ialah saya tak tahu siapa yang akan datang? Apakah rakan-rakan sekelas saya dahulu atau hanya 'school mates' saya sahaja? Gementar, berdebar dan segan-segan pun ada. Maklum, saya memang pemalu pada mulanya lama-lama jangan ceritalah! Macam orang bercinta pula kan, eh, tak patut pula!

Sampai setakat ni dulu, jumpa lagi. Saya nak sediakan pakaian apa yang nak dipakai pada malam ini. Maklum nak jumpa kawan-kawan yang sudah 20 lebih tahun tak jumpa dan kawan-kawan saya tu pula berasal dari sekolah yang telah hilang! Saya pun tak tahu bagaimana nak menghadapi keadaan ini. Pelbagai rasa bergolak di dada, haruskah saya terangkan satu persatu?

Baiklah kita sambung nanti. Jangan lupa tunggu artikel saya yang terbaru ya!

1 comment:

Adie Achim said...

Makasih baca blog saya. Entahlah banyak2 tempat sy pigi (pergi) ramai2 kwn sy jmp.. SBPT sgt istemewa. Sy masih ingat tarikh birthday rakan2 SBPT sdgkn tarikh bday rakan sekerja x pndi ingat2. Samapi bgitu skali.

Wah sy tumpang bangga, ada ex-sbpt yg tlah menulis novel.. Sy teringin utk hasilkan satu. NNt sy minta tips ah.

SBPT di hati..