Tuesday, November 1, 2011

Kepentingan Blog

Assalamualaikum,

Noorainie Mencatat mengenai blog dan kepentingan blog;

Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog kesayanganku ini. Rasanya bagai bertahun aku tinggalkan laman peribadiku ini. Rasanya sudah lama aku bercuti dari mencoret sesuatu di dalam blogku ini http://www.noraini-osman.blogspot.com. Rasanya aku terasa kosong, tak tahu hendak membicarakan soal apa. Tetapi aku mesti coret sesuatu juga di dalam blog ku ini. Aku kena kongsi sesuatu juga di dalam blog ini. Apakah pembaca hendak membaca atau menutup terus coretanku ini, aku tak kisah, aku sudah menunaikan keinginanku, mencatat atau mencoret sesuatu di laman blog ini. Aku tak menyesal kalau pembaca akan terus menutup laman blog ku ini. Apa yang paling penting aku sudah berkongsi ruang rasa dan ruang maklumat di laman blog ini.

Walaubagaimanapun hari ini dengan sukacitanya aku hendak berkongsi kepentingan laman blog kepada kita semua dalam dunia yang semakin mengarah kepada maya ini iaitu perkongsian maklumat dan dunia komunikasi kini. Antara kepentingan blog kita lihat di bawah ini. Saya huraikan secara sepintas lalu. Kononnya, saya hanya hendak memperkenalkan apa itu blog dan kenapa ia penting kepada sesiapa sahaja termasuk suri rumah, guru, pelajar, para eksekutif, pekerja am, pensyarah atau sesiapa sahaja. tak larat saya hendak menyebut satu persatu.

Blog atau dengan nama lain weblog ialah satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi mengenai pelbagai perkara. Blog akan sentiasa dikemaskini pada setiap hari atau setiap minggu. Konsep blog adalah seperti atau seolah-olah sebuah diari harian anda. Sama seperti sebuah diari harian kita, kita kena melihat diari harian kita setiap hari dan menuliskan sesuatu di dalamnya. Begitu juga dengan blog atau weblog yang kita ada.

1. Blog untuk perkongsian maklumat secara peribadi. Maksudnya, mempunyai blog hanya sekadar berkongsi maklumat yang ada dengan sesiapa sahaja. Bukan untuk tujuan keuntungan atau perniagaan.

2. Blog artikel (kandungan niche)
Blog yang berbentuk artikel ialah blog yang ditulis berkaitan dengan sesuatu kandungan, maklumat dan
panduan tertentu. Pelbagai tajuk dan artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan
dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya.

3. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan
Jenis blog yang ke empat ini ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini kerana ia dihasilkan    ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jual.

4. Blog untuk perniagaan produk anda
Jenis blog yang kedua ialah blog yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan sama ada anda menjalankan
perniagaan internet atau perniagaan offline.Blog masih sesuai untuk kedua-duanya.Blog ini digunakan
sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda jual.
Kandungan dan maklumat yang ditulis di dalam blog adalah untuk memberitahu mengenai sesuatu produk
atau perkhidmatan, matlamat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan
produk dan perkhidmatan yang diniagakan.

Aktiviti penulisan dan pengurusan blog dikenali sebagai “blogging”. Manakala orang yang memiliki, menulis artikel dan menguruskan blog pula dikenali sebagai “blogger”. Jadi, belum terlambat lagi, anda semua pun di luar sana boleh memiliki blog sendiri sama ada blog percuma atau berbayar. Anda semua pun masih berpeluang menjadi blogger dan bukan sahaja sebagai pembaca atau pengunjung blog. Jangan terhadkan diri anda! Kini zaman revolusi maklumat bakal menjadi ledakan komunikasi, kenapa kita harus mendiamkan diri di dalam zaman tok kaduk! Semua kita boleh menjadi pemilik blog!


Selamat Berblogging!

Sekian dulu, Salam blogger!

No comments: