Tuesday, November 29, 2011

Konsep Budaya dan Tamadun: Masa Kini dan Masa Akan Datang

Noorainie mencatat:

Konsep Budaya dan Tamadun. 

Agak lama juga saya tak  buat entri dalam blog ini. Malam ini, sambil mencatat sesuatu dan membuat sesuatu dalam mini laptop saya ini, akhirnya terbuka hati berkongsi mengenai konsep budaya dan tamadun:  Masa kini dan masa akan datang.


Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya bermaksud “The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily notices from within.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kertea, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang rekabentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang India atau orang Minangkabau sekalipun. Manakala budaya bukan kebendaan pula ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat dan kepercayaan tersensendiri dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dalam adat perkahwinan melayu, pihak lelaki memberikan hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India, hantaran disediakan oleh pihak perempuan untuk diberikan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata malah ia juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebaga alat komunikasi sehari-harian. Adat resam pula mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Konsep Tamadun
Kita mengambil kira konsep tamadun dari sudut Barat dan Islam. Secara amnya, tamadun bermaksud Madain atau mudun atau madana iaitu bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek dan ia bermaksud bandar.
Maksud tamadun dari sudut Barat ialah tamadun pembangunan lahiriah atau secara zahir seperti aspek-aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran atau zahir sahaja.
Manakalau maksud tamadun dari sudut Islam ialah meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibnu Khaldun yang melihat aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah merupakan maksud tamadun.


Fungsi Budaya

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. budaya juga memberikan identiti kepada suatu kelompok dalam aspek cara kendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Kesimpulannya, budaya ialah himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

No comments: