Wednesday, November 2, 2011

Jadilah Bangsa Penakluk

Bismillahirahmanirahiim,

Noorainie mencatat;

Sebuah sajak ini sudah saya hasilkan sudah agak lama. Beberapa bulan belakangan ini. Banyak sajak saya hasilkan pada waktu itu tetapi tidak seberapa. Jadi, hasilnya saya sedikit berpuas hati dengan sebuah sajak di bawah ini. Saya baru cipta tajuknya. Bukan apa, hari itu menulis dalam keadaan marah dan agak geram dengan seseorang yang terlalu berbangga dengan tanahairnya tetapi dia sebenarnya sudah ditakluki oleh bangsa lain kerana dia sendiri bekerja sebagai penjaga sahaja di sebuah tempat tu! Manusia kan, lain-lain. Hati seorang-seorang sukar diduga!


Usahlah berbangga
Dengan kerancakan peribumi
Menjual tanah peribadi
Yang telah lama dipusakai
Dari nenek moyang
Kerana hari ini
Warga yang telah membeli
Berjuta harganya hanya lah bangsa penakluki ekonomi
Perhatikan sahaja
Perlahan-lahan menakluki
Bumi tercinta ini
Tanpa tersedari.

Jadilah bangsa penakluk
Bukannya hanya tunduk
atau sekadar menunjuk-nunjuk
Geran tanah ke seluruh pelusuk
Kepada anak watan yang lain
Tanpa mengerti ada pihak
Yang cuba memerhati
Atau meminati dan sengaja menunggu peluang
Seperti seekor kucing memandang dengan mata awas
Seekor ikan di tangan tuannya
Begitu mereka meneliti
Tanah-tanah peribumi
Sebuah hasrat dan kepentingan sendiri
Belakang hari anak bangsa gigit jari!

Tuaran-Kota Kinabalu/15.2.11

Sama-sama kita fikir-fikirkannya. Kadang-kadang kita nampak tetapi rupa-rupanya tidak melihat. Meraba dalam terang tanpa disedari!

No comments: