Saturday, November 19, 2011

Noorainie mencatat;

Aku terbaca sebuah buku dalam aku sibuk menyiapkan kerja-kerja kerjayaku empat atau lima hari sebelum sekolah ditutup dengan rasminya. Aku memang tak boleh hidup kalau tak membaca dalam sehari, apa-apalah asalkan membaca. Tetapi, ketika membelek-belek fail PROTIM, aku ternampak artikel ini, entah kenapa tiba-tiba muka suratnya terselak. Barangkali memudahkan mataku memandangnya. Aku tegakkan duduk dan mula membaca lantas meninggalkan fail untuk seketika. Aneh aku ni!

Memilih kawan yang tepat? Keningku rasanya bertembung antara satu sama lain. Kenapa perlu memilih kawan yang tepat? Kata abangku, dia pernah duduk serumah dengan penagih dadah tetapi dia tak ikut menagih dadah. Jadi, kenapa artikel ini? Soalku bertubi-tubi. Kehairanan. Sudahlahh kepalaku pening dengan pelbagai persoalan dan tugasan, ini pula memilih kawan. Mungkin artikel ini tak sesuai kubaca, aku fikir lagi. Ligat akalku memikir. Dalam memikir aku teruskan pembacaan.

Antara faktor sekeliling yang paling kuat pengaruhnya ialah orang yang paling kerap berurusan dengan kita sehari-harian. Jika kita sering bergaul dengan orang yang berfikiran negatif, ia akan menyebabkan kira ,menjadi gagal sepanjang hayat kita. (Wah! Hebat juga kata-kata Dr David Maclelland ini,fikirku). Mungkin ada benarnya. Itulah aku tak belum berjaya sepenuhnya! Itulah tak baiknya kalau tak positif, fikirku lagi. Failku benar-benar sudah kulepaskan.

Apabila dewasa kita perlu pandai memilih kawan seperti kata Zig Zaglar, 'Mana mungkin kita dapat terbang di udara bersama helang, sedangkan kita masih melata di bumi bersama ayam,'. Justeru kita perlu bergaul dengan orang yang positif dan berjaya dalam hidupnya. bersahabat dengan mereka yang mempunyai matlamat dalam hidupnya. Pada masa yang sama jangan bergaul dengan orang yang negatif, sering merungut dan sering mengkritik. Orang sedemikian hampir pasti, tidak berpeluang untuk berjaya! 

Kiranya hebat juga artikel yang baru aku baca tu, membuatkan kesibukanku berjaya kuhindarkan hampir sepuluh minit. Boleh tahan juga!

Kawan-kawan, selamat membaca. Harap dapat pengetahuan dari perkongsian ini.

No comments: