Saya tujukan sajak ini kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya dengan kedekatan di hati dan kemesraan yang pernah terjalin suatu saat yang dipanggil kenangan dan pada waktu akan datang. Semoga sajak ini akan lebih mendekatkan hati kita, mengubah persepsi sesama kita dan mengeratkan lagi kemesraan serta mengukuhkan silaturrahim antara kita.
Kau yang kupanggil sahabat
Kita
sudah melalui sejarah panjang dalam
perhubungan
ini. Kita sudah melalui renta yang berulang-ulang
berlilit-lilit
terkadang tersadai di perjalanan. Pelbagai cubaan, taktik dan takdir telah
berlaku
sepanjang melalui lingkungan persahabatan
agar
kita terpisah di tengah danau ini. Namun ternyata kita masih
saling
mengongsi dan seiringan nakhodai perjalanan singkat ini.
Pernah
kita saling menjeling, marah, mengamuk, benci
dan
bertikam tingkah antara satu sama lain. Umpatan menjelma, diam menjamu
mata,
bahu berpisah kisah, namun sehingga kini kita tetap masih sejalan
dalam
menghitung data hidup. Aneh persembahan kita
namun
itulah rencah penjalin selisihan hidup
penuh liku.
Kita
takkan berebut apa-apa selepas ini. Kita takkan mengambil hak yang telah
termaktub. Kita takkan melakukan penganiayaan. Tetapi, teguhkanlah tali renta
persahabatan tanpa mengungkit persengketaan. Aku tidak ke mana-mana dan kau
masih di situ bersama-sama aku menjalani perlembahan usang kita. Kita bersatu menjalin perpaduan dan silaturrahim yang berpaut
panjang di sepanjang jalanan singkat kita yang entah bilakah berakhirnya...
Kau yang kupanggil sahabat, akan terus kupanggil sahabat
sehingga ke akar usia kita. Semoga saja rimbunan kasih sayang persahabatan kita menjadi lebih diberkati dan memberatkan perjalanan bahagia kita ke kampung abadi.
15.3.11
– 22.6.11
Kota
kinabalu
No comments:
Post a Comment