Wednesday, February 9, 2011

Royalife REC-Pluz

Noraini Bt Osman mencatat;

Saat diperkenalkan dengan Royalife REZ-Pluz hati berteka-teki sama ada mahu mengambil tiga bungkus colagen ini atau tidak. Menurut rakan, ia adalah formula yang dirumus khas daripada colagen makanan tambahan istimewa untuk sendi-sendi dan tulang di dalam badan. Ia mampu membantu orang dewasa dan kanak-kanak menambah daya ingatan mereka. Para atlet boleh menggunakan Royalife REZ-Pluz untuk membina sendi, otot dan tulang yang lebih kuat. Ia sesuai membaiki kekenyalan dan tona kulit serta mengurangkan kedutan bagi mereka yang sudah berusia.

Kenapa Colagen Penting Kepada Badan Kita?


1. Colagen ialah protein yang banyak terdapat di dalam tubuh kita iaitu 80% kandungan protein dalam badan
    kita. Jadi, colagen memberikan sokongan struktur dari segi kekuatan tensil dan kekenyalan tulang, sendi
    rawan, tendon, ligamen, otot-otot, bulu roma, kuku, salur darah dan organ-organ utama dalam badan.

2. Kekurangan atau penyusutan colagen dalam badan akan semakin merosot seawal usia 20-an, kemudian ia
    akan semakin merosot 0.5 -1% setiap tahun mulai usia 30-an dan seterusnya terus merosot ketika usia 50-
    an.
3. Penghasilan protein pula melalui proses biosintesis, penghasilan colagen memerlukan bahan-bahan untuk
    pembinaannya, faktor-faktor tumbesaran dan bahan mineral. Jadi, REC-Pluz mempengaruhi penghasilan
    colagen dan membekalkan bahan-bahan pembinaan tersebut.

Kenapa Colagen Royalife REC-Pluz Berkesan Kepada Badan?

1. Colagen Hidrolisat dengan saiz molekular purata 3000 Dalton terbukti mempunyai kebolehan untuk
    menyerap dengan baik dan dapat ditemui dengan kepekatan yang tinggi di tisu-tisu sendi. REC-Pluz
    mengandungi 10 gram Colagen Hidrolisat di dalam setiap bungkus, seperti yang dinasihatkan.



Perhatian:

Royalife REC-Pluz selamat diambil bersama-sama ubat-ubat preskripsi doktor.

Jadi, itulah antara kelebihan kenapa kita harus mengambil colagen REC-Puz sebagai makanan kesihatan tambahan. Terima kasih kerana sudi mengamati.

2 comments:

Norgadis Labuan said...

Biasalahkan, dah meningkat umur ni, banyak yang dah kurang dalam badan, terpaksa makan vitamin tambahan nampaknya...

noraini-osman.blogspot.com said...

ya btl tu. saya dah try produk ni memang bagus, segar dan lebih menyihatkan.