Wednesday, December 15, 2010

Majlis Sempena 40 hari Pemergian Arwah Bonda Mertua

Noraini Bt Osman mencatat,

Sudah sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah kerana perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam (kerana banyak singgah-singgah) akhirnya tiba di destinasi pekan Semporna, di situlah letaknya rumah keluarga mertua, di atas air di sisi jalan menuju ke pekan Semporna. Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Majlis Sempena 40 hari pemergian arwah bonda mertua tiba juga setelah sekian lama mengumpul kekuatan dan perancangan untuk balik ke Semporna. Syukur alhamdulillah.
     Bagi mengingati bonda mertua yang selalu bersusah payah apabila kami balik ke kampungnya itu, saya turut bertungkus lumus untuk menjadikan majlis yang diadakan itu menjadi lebih bermakna. Saya turun bermesra dengan ahli keluarga dan saudara mara serta rakan taulan yang datang. saya sungguh terharu, pihak keluarga dan sanak saudara memberikan kerjasama yang sungguh baik sekali. Excellent. Itulah yang selalu ditunjukkan selalunya kalau bonda mertua membuat apa-apa majlis, saudara terdekat cukup memberikan kerjasama kepada keluarga bonda. Saudara mara datang dari dekat dan jauh. Ini kerana arwah bonda juga merupakan bekas bidan kampung, jadi beliau memang banyak jasa dan kebaikan yang dicurahkan kepada anak-anak buah dan orang kampung. Saya merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama tersebut. Ganjarannya biarlah Allah sahaja yang mengetahui. 
    Di bawah ini sempat anak sulung saya Mieka Annisa merakamkan suasana majlis yang sungguh luar biasa sambutannya. Semoga Allah merahmati arwah bonda di kampung abadi. Bagi yang masih hidup, banyakkan amal ibadah yang baik-baik buat bekalan di kampung abadi nanti. InsyaAllah.


Ayahanda Mertua dengan posingnya  mungkin mengenang kembali arwah bonda yang telah kembali ke kampung abadi.



Penulis bersama ibu mertua kepada ibu mertua kepada rakan sekerja saya Siti Normidah memberikan pose yang paling menawan. yang terbaik untuk semua!


Antara tetamu yang menyerikan majlis pada hari tersebut.

Mengabadikan photo bersama sahabat lama Buanda di Semporna.   

Pak cik Salleh dan Mak cik Terra dengan senyuman yang paling menawan!


Anak-anak dan sepupu2nya. 

No comments: