Wednesday, December 15, 2010

KE NEGERI KAYANGAN

Noraini Bt Osman mencatat dalam Penemuan Terbarunya:
 
Aku ke negeri kayangan pada hari ini. Di situ aku masuk ke dalam Istana Cinta Kayangan. Aku bertemu dengan Permaisuri Merak Cahaya (PMK). PMK berasa sangat sugul namun baginda tetap tersenyum ketika menerima kunjungan rahsiaku dengannya itu. Senyumannya manis namun aku tahu di hatinya pasti tersimpan sesuatu yang mahal untuk diceritakan dengan sesiapa.

Aku:   Kenapa baginda sugul seperti mempunyai masalah? (soalku setelah kami berdua bertanya khabar masing2)

PMK:  Memang beta mempnyai sesuatu nak disampaikan tapi berat rasanya. (Kami berpandangan)

Aku:   Jangan segan2 permaisuri. Mungkin hamba boleh membantu, kalau tidak pun, kita berkongsi cerita.(dia mengangguk lalu berbisik sesuatu kepadaku agar inang2 istana yang berada di sisi kami tidak mendengarnya.)
Aku:  Kalau begitu, bersabarlah wahai permaisuri. Pasti beberapa minggu selepas pertemuan kita ini akan ada perubahan pada diri puan permaisuri. Jangan bersusah hati. (Aku berasa sungguh sugul juga dgan cerita PMK. Memang menyedihkan. Walaupun sudah bertahun2 kami tidak berjumpa namun aku masih dapat membaca apa yang ada di fikirannya. Kasihan dia. Kalaulah dia tahu kedatanganku ke sini untuk membantunya.
PMK:  Kalau begitu katamu, mudah-mudahan lah beta mendapat berita baik. Kami sudah lama menanti kedatangan permata jiwa. Sudah sekian lama. (PMK sudah teresak-esak. Aku cepat2 menyapu bahunya. Pakaiannya yang berkilat2 dan penuh labuci sedikit menghalang perbuatanku, namun tetap kuteruskan)

Aku:  Bersabarlah puan permaisuri, mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Tetapi jangan susah, di sini hamba ada bawakan sisik ikan sembilang. Simpan di bawah katil peraduan puan permaisuri. Nanti hamba datang lagi ingin mendengar khabar yang baru.(kataku dengan penuh perasaan. Kali ini kulihat, PMK berhenti menangis, wajahku dipandangnya agak lama dan dia terus mengangguk-angguk. Entah apa yang dia setuju? Aku pula terus memeluknya. Waktuku suntuk. Masa untuk balik ke daerah bumi sudah tiba masanya.)

PMK:  Terima kasih Nenek Kebayan, beta berterima kasih di atas apa yang Nenek Kebayan untuk beta di sini. Sudah lama kita tidak berjumpa. Harap2 beta dapat berita yang membahagiakan hidup beta selepas ini.

Aku:  Pasti...pasti akan dapat. InsyaAllah puan permaisuri  harus yakin dan percaya kepada takdir Allah. Namun ada syaratnya puan permaisuri.(kataku memandangnya. Aku harus memberitahunya perkara yang sebenarnya. Berkata yang benar itu lebih baik daripada berbhong kepada PMK. Aku jujur ingin membantunya tetapi bersyarat. Syarat terpaksa dikenakan bukan atas kemahuanku. Aku ikhlas membantunya. Namun, sekali lagi takdir Allah juga tidak dapat ditolak dengan sewenangnya. Aku meleraikan pelukan kami. Namun, bongkok belakangku yang semakin bongkok memang menyukarkan pelukan kami. Memang aku sendiri pun sudah semakin tua namun aku tetap sentiasa mengharapkan dia akan lebih bahagia selepas ini.)

PMK:  Apa syaratnya itu Nenek Kebayan? (Matanya marak memandangku.Hatiku sungguh sayu ketika itu. Tidak kena rasanya aku hendak memberitahunya syarat itu namun aku harus memberitahunya. Lantas kami berbisik. PMK menangis semahunya mendengar kata-kata dari bisikku. Aku turut sama menangis. Di negeri kayangan ini aku selalu ketawa dan sekaligus menangis apabila berjumpa dengan sahabat baikku ini iaitu PMK. Aku sebenarnya selalu ingin membuatkan dia bahagia dengan ilmu yang aku ada namun aku tidak tahu kenapa hari ini PMK asyk menangis.)

Ikuti kisah selanjutnya dalam novel "Puteri Sirih Junjungan Kasih".

No comments: