Noraini Bt Osman Mencatat Lagi,
Kisah tanah waris bersambung lagi. Ada lah seorang hamba Allah yang tak sedar diri tu tiba-tiba nak menumpang hak ke atas atanah waris tu. Dia mahu satu bahagian daripada empat bahagian dari hasil penjualan tanah itu. Wah, bukan main lagi datang sudah tamaknya ke atas tanah itu. Saya memang tidak menyangka akan kedatangan tamaknya yang sudah disangka dari awal itu. Kononnya dia yang banyak mengurus tanah dan geran tanah itu. Sepatutnya dia tidak ada hak nak campur tangan nak mengurus tanah dan gerannya itu. Sepatutnya dia bincangkan bersama ahli-ahli waris yang berhak. Salah seorang waris yang bertanggungjawab telah menjual dan mengurus geran tanah itu kononnya pula telah menyimpan wang di dalam banknya sendiri. Rupanya dia mahu makan sendiri wang hasil penjualan itu. Kononnya dia yang bertanggungjawab mengurus gerannya. Wah, memang banyak sudah hebatnya pendapatnya itu.
Ingat, itu tanah waris dari orang yang sudah meninggal dunia. Satu sen yang dimakannya tanpa rela dari salah seorang ahli yang berhak, dia tidak akan mendapat selamat dan berkat. Banyak bala menunggu di depan dan keturunannya seluruhnya. Di dunia dia boleh menipu, tetapi di depan Tuhan, jangan nak memandai. Itu sahaja yang mereka yang telah keluar tamak mereka. Itu sahaja. Ingat Hukum Tuhan. Di dunia senang nak menipu tetap di depan Tuhan, jangan harap!
Keputusan itu kalau diterima pakai, salah seorang warisnya akan membawa hal ini ke mahkamah syariah. Si penjual yang mahu makan sendiri itu khabarnya sudah menghabiskan wang tersebut. Kita bertemu di mahkahah syariah setelah mereka bersidang nanti. Tunggu di sana ya!
No comments:
Post a Comment