Syair Jasa Guru
Jasa ibu bapa membesarkan kita,
Jasa guru mendidik manusia;
Hendaklah kita hormat mereka,
Pastikan hidup kita bahagia.
Dengarkan kalian guru berperi,
Kepada pelajar yang muda bestari;
Nasihat dan ilmu yang diberi,
Jadikan amalan jangan diiri.
Dengarkan pelajar jaga dan hemat,
Tidaklah dapat murka alamat;
Sekalian guru hendaklah dihormat,
Seluruh badan akan selamat.
Ajaran guru harus diingat,
Walaupun ilmu hanya sekerat;
Ilmunya bernas lagi berkat,
Sudah termaktub dalam syariat.
Marah guru tandanya kasih,
Jangan berkeluh jangan ditegah;
Itu tandanya guru pengasih,
Agar pelajar mengusung hemah.
Segala perangai lemah lembutkan,
Kepada saudara dan handai taulan;
Kepada guru tentu lebihkan,
Ilmunya berkat dilupa jangan.
Guru umpama sebatang lilin,
Membakar diri sebagai pengorbanan;
Memberi ilmu tanpa sempadan;
Kelak lahirlah generasi berwawasan.
Setakat ini guru bermadah,
Segala ajaran jadikan wadah;
Menghadapi hidup tanpa musibah,
Hidupmu kelak dirahmati Allah.
No comments:
Post a Comment