Saturday, October 29, 2011

Irfan Khairi 'Live': Revolusi Media Sosial

Noorainie mencatat:

Hari ini dalam sejarah. Setelah sekian lama bergelumang dalam dunia internet tanpa hasilnya, akhirnya saya menyertai Irfan Khairi 'Live': Revolusi Media Sosial anjuran Irfan Khairi bersama krew-krewnya di Bilik Teratai Tingkat 2, Hotel Promanade pada 29 Oktober 2011 pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai 17 orang peserta dari serata Sabah, Miri dan Brunei menyertainya. Peserta-peserta yang menyertai pula bukan calang-calang! Semuanya Internet Marketer dan para peniaga yang sudah berkecimpung dalam perniagaan online dan offline kecuali Noorainie Osman lah!

Irfan Khairi posing habis dan Noorainie pasti teruja!


Inilah barisan para peserta Revolusi Media Peringkat Sabah.

Secara peribadi saya berasa sungguh gembira dan teruja dengan dapatan-dapatan yang saya perolehi daripada Revolusi Media Sosial anjuran Irfan Khairi ini. Dan, saya tidak menyangka akan bertemu Irfan Khairi yang handsome, selamba dan berilmu secara langsung. Memang saya tidak menyangka ceramah anjurab Irfan Khairi ini memang sungguh baik dan beliau memang memberikan ilmunya sepenuhnya.  Khabarnya beliau memberikan 66 strategi Media Sosial. Sebenarnya lebih daripada itu. Memang tak ada 'tapuk-tapuk' dah! Dan, kita boleh korek semua ilmu Irfan Khairi yang ada. Beliau memang seorang yang murah hati dan memang berbaloi jika kita dengar beliau adalah jutawan internet yang berjaya, kaya dan bergaya!

Antara dapatan-dapatan yang saya perolehi daripada Revolusi Media Sosial yang baru berakhir hampir jam 6.00 petang tadi ialah:

1. Ceramah Irfan Khairi 'live' itu terbahagi kepada empat bahagian iaitu; Kunci perniagaan internet, laman-laman media sosial yang diaplikasikan sepenuhnya untuk perniagaan internet iaitu Facebook, Twitter dan email.

2. Kepentingan mengaplikasikan sepenuhnya media sosial untuk kepentingan perniagaan internet. Media sosial yang dimaksudkan ialah Facebook, Twitter, blog dan laman media sosial yang lain dan popular di internet seperti Youtube.

3. Bagaimana blog kita mesra enjin pencari dan mendapat tempat teratas dalam carian google. Saya sudah tahu ilmunya.

4. Selain itu, Irfan Khairi dengan murah hati memberikan tajuk khas yang cukup penting untuk perniagaan internet iaitu cara buat ebook.

Memang tidak rugi menyertai Irfan Khairi 'Live': Revolusi Media Sosial anjuran Irfan Khairi dan krewnya pada hari ini. Malah untung banyak. Sebelum itu, pada 27 Oktober 2011 jam 8.00 malam yang lalu, Irfan Khairi telah memberikan ceramah percuma bagaimana mengekploitasikan facebook iaitu Media Sosial Internet untuk perniagaan internet. Bagi yang baru dalam perniagaan internet perkongsian dengan Irfan Khairi 'Live' itu sudah berbaloi. Jika ada sesiapa berminat hendak mengetahui mengenai Revolusi Media Sosial ini bolehlah menengok-nengok di laman blog Irfan Khairi iaitu http://www.irfankhairi.com/

Sekian dulu untuk perkongsian Revolusi Media Sosial kali ini.

No comments: