Monday, September 12, 2011

Senyum Dalam Keselambaan

Noorainie Mencatat;


Di bawah ini dipaparkan senyuman-senyuman dalam keselambaan.

Senyuman itu terdapat pelbagai status dan jenisnya. Ada senyum yang ikhlas, senyum yang dibuat-buat, senyuman memikat dan menggoda, senyum mendapatkan pelanggan dan ada senyum menyindir. Hakikatnya, senyum itu adalah komunikasi universal yang dibuat oleh kanak-kanak, dewasa atau orang tua, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya, sakit atau sihat. 

Senyuman itu satu sedekah yang paling mudah.Bukan senyuman yang dibuat-buat.Ikhlasnya senyuman dapat terpancar melalui pandangan mata yang cukup membahagiakan.Maka senyuman begini layak untuk mendapat ganjaran pahala.Pasti orang yang menerima senyuman begini terasa bahagia sekali.Apatah lagi orang yang memberi senyuman merasakan getaran jiwa yang membahagiakan.Itu hebatnya senyuman kita yang ikhlas.






Nenek Ditsy

Smile will certainly make others happy.
Smile will make your face turn brighter.
Smile will make your soul cleaner.
And smile will make you lovelier by end of the day

No comments: