Sunday, March 17, 2013

Taklimat Penyerahan Literasi dan Numerasi Lisan


Mesyuarat Yang Dihadiri:
Taklimat Penyerahan Literasi Membaca dan Numerasi Lisan Saringan 1 2013 bagi Program Literasi dan Numerasi (Linus)
Tempat: Bilik Mesyuarat Sri Manukan, PPD Kota Kinabalu.
Tarikh/Masa : 11 Mac 2013/ 8.30 pagi – 1.00 petang
Pengerusi Majlis: Puan Sitti Asidah Yakim

Latar Belakang Mesyuarat:
Taklimat oleh Puan Sitti Asidah Yakim
1. Pentadbiran ujian lisan dan bertulis bagi Linus telah diubah daripada tiga kali kepada dua kali sahaja iaitu pada semester pertama dan kedua. Pentadbiran Lisan bagi Literasi dan Numerasi (Linus) yang pertama akan bermula pada 11 Mac 2013 hingga 19 April 2013 dan kedua pada 01 September 2013 hingga 27 September 2013. Manakala, ujian bertulis bagi Linus yang pertama akan diadakan pada 21 April 2013 hingga 30 April 2013 dan ujian bertulis kedua akan diadakan pada 29 September 2013 hingga 11 Oktober 2013. Guru-guru yang terlibat boleh key in di portal pada 06 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013. Manakala bagi ujian Linus kedua, guru-guru boleh key in keputusan murid pada 16 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013.
2. Terdapat 12 konstruk bagi literasi dan numerasi yang dinilai dan ditadbir pada masa pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan.
3. Ujian boleh ditadbir secara individu atau kumpulan kecil. Instrumen mesti ditadbir secara jujur dan telus. Kemudian, ia diisi di daam borang pelaporan.
4. Murid-murid boleh mengeja atau membaca ketika ujian lisan diadakan.
5. Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 akan dibimbing oleh guru pemulihan khas. Manakala murid yang tidak menguasai konstruk 3 hingga 12 akan mengikuti program Linus dan diajar oleh guru-guru Linus. Murid-murid yang sudah menguasai semua konstruk akan belajar seperti biasa dan mengikuti ujian saringan.
6. Murid yang tidak hadir, tidak dikira dalam data.
7. Tahun 1, 2 dan 3 akan menduduki semua saringan Linus.
Taklimat oleh Puan Nurwaniedah Winnie Abdullah
1. Puan Nur Waniedah ingin mengenal pasti penyelaras sebenar yang dilantik oleh sekolah.
2. Key in kedatangan ke taklimat ini ke dalam e-splg.
3. Linus 2.0 terdiri daripada;
            i. Literasi Bahasa Malaysia
            ii. Numerasi
            iii. Literasi Bahasa Inggeris
4. Surat pelaksanaan Linus 2.0 sudah diedarkan. Jika mahu salinan yang kemas dan berwarna boleh muat turun daripada portal NKRA.

Taklimat oleh Puan Nani Ubud
1. Perkataan ‘tegar’ tidak digunakan dalam Linus pada tahun ini. Perkataan ‘tegar’ digantikan dengan ‘tidak menguasai’.
2. Guru-guru Linus diminta membuat headcount kelas sendiri dan guru penyelaras hanya menggabungkan data yang telah dibuat oleh guru-guru Linus yang lain.
3. Semua guru mesti tahu siapa murid yang perlu diperdanakan.
4. Justifikasi saringan tidak perlu diisikan jika guru telah melengkapkan headcount.

Perbincangan dengan Guru PLC 3
1. Antara program PLC 3 yang telah dipersetujui ialah;
            i. Jom Perdana
- Program Jom Perdana ialah membawa murid-murid yang belum menguasai Literasi dan Numerasi ke Sekolah Kebangsaan Siti Pengiran Hafsah untuk dibimbing bersama guru-guru dari sembilan buah sekolah yang terlibat dalam PLC 3. Namun, program ini terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

            ii. PLC Lesson Study Numerasi
-          Sasaran murid tahun 3. Murid tahun 3 yang masih tidak menguasai Numerasi dibawa ke sekolah yang telah dipersetujui untuk diajar dan dibimbing oleh guru-guru tahun 3 dari sekolah PLC 3.
-          Guru yang terlibat ialah Guru penyelaras dan guru matematik tahun 3.
-          Tempat mengajar  yang dicadangkan ialah SK Inanam Laut. Guru yang diundi untuk mengajar ialah guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Likas. Perjumpaan dan perbincangan ini ialah pada 08 Mei 2013. Pelaksanaannya ialah pada 15 Mei 2013. Masa yang dicadangkan ialah 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Operasi yang terlibat ialah operasi asas iaitu darab.


Tindakan Sekolah:
1. Memperbanyakkan instrumen lisan saringan 1 bagi tahun 2013 dan melaksanakan ujian lisan
saringan 1 kepada semua murid tahun 1, 2 dan 3 bagi literasi dan numerasi.
2. Menyediakan seorang guru matematik tahun 3 untuk hadir ke program anjuran PLC 3.
3. Menyediakan bahan untuk membuat bahan bantu mengajar untuk numerasi di peringkat PLC 3
nanti.

Penutup:

Semua guru peringkat Kota Kinabalu diharapkan menjalankan ujian saringan 1 mengikut masa yang telah ditetapkan.

Taklimat telah diakhiri pada pukul 12.40 tengah hari.




No comments: