Showing posts with label kampung abadi. Show all posts
Showing posts with label kampung abadi. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Majlis Sempena 40 hari Pemergian Arwah Bonda Mertua

Noraini Bt Osman mencatat,

Sudah sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah kerana perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam (kerana banyak singgah-singgah) akhirnya tiba di destinasi pekan Semporna, di situlah letaknya rumah keluarga mertua, di atas air di sisi jalan menuju ke pekan Semporna. Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Majlis Sempena 40 hari pemergian arwah bonda mertua tiba juga setelah sekian lama mengumpul kekuatan dan perancangan untuk balik ke Semporna. Syukur alhamdulillah.
     Bagi mengingati bonda mertua yang selalu bersusah payah apabila kami balik ke kampungnya itu, saya turut bertungkus lumus untuk menjadikan majlis yang diadakan itu menjadi lebih bermakna. Saya turun bermesra dengan ahli keluarga dan saudara mara serta rakan taulan yang datang. saya sungguh terharu, pihak keluarga dan sanak saudara memberikan kerjasama yang sungguh baik sekali. Excellent. Itulah yang selalu ditunjukkan selalunya kalau bonda mertua membuat apa-apa majlis, saudara terdekat cukup memberikan kerjasama kepada keluarga bonda. Saudara mara datang dari dekat dan jauh. Ini kerana arwah bonda juga merupakan bekas bidan kampung, jadi beliau memang banyak jasa dan kebaikan yang dicurahkan kepada anak-anak buah dan orang kampung. Saya merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama tersebut. Ganjarannya biarlah Allah sahaja yang mengetahui. 
    Di bawah ini sempat anak sulung saya Mieka Annisa merakamkan suasana majlis yang sungguh luar biasa sambutannya. Semoga Allah merahmati arwah bonda di kampung abadi. Bagi yang masih hidup, banyakkan amal ibadah yang baik-baik buat bekalan di kampung abadi nanti. InsyaAllah.


Ayahanda Mertua dengan posingnya  mungkin mengenang kembali arwah bonda yang telah kembali ke kampung abadi.



Penulis bersama ibu mertua kepada ibu mertua kepada rakan sekerja saya Siti Normidah memberikan pose yang paling menawan. yang terbaik untuk semua!


Antara tetamu yang menyerikan majlis pada hari tersebut.

Mengabadikan photo bersama sahabat lama Buanda di Semporna.   

Pak cik Salleh dan Mak cik Terra dengan senyuman yang paling menawan!


Anak-anak dan sepupu2nya. 

Tuesday, December 7, 2010

40 hari Menjelangnya Hari Pemergian Ibu Mertua Ke Kampung Abadi

 Noraini Osman Kembali Mencatat

Baru hari ini saya bermaksud menulis di blog saya ini. Itupun paswodnya saya jumpa dari sebuah dairy saya hampir hilang. Rasa terkejut saya masih sarat dalam minda, jiwa dan seluruh tubuh saya ini. Pemergian ibu mertua ke kampung abadi terlalu cepat saya rasa. Ketika saya melawat dia sakit di hospital; sewaktu dia sedar dan sudah koma saya masih menaruh sepenuh harapan yang ibu mertua itu akan sembuh sepenuhnya dalam sedikit hari. Sewaktu dia masih sedar dan memandang saya tanpa  perasaan itu, dia masih sempat meminta novel saya. (Aduh, Noraini Osman sudah lama tidak mengedit novel apalagi menyiapkan novel dan menghantarnya ke mana-mana. Sungguh besar pukulan kepada diri seorang Noraini Osman ketika itu! harap-harap selepas ini Noraini Osman memupuk semangat bertatih mengutip kembali novel yang terkurung di dalam pendrive dan menjalankan amanah Allah yang disandarkan dia atas pundak Noraini Osman, ya kan? InsyaAllah) Itulah doa saya saban masa saya melawatnya di sana tempohari. Saya masih berharap dia akan sembuh sepenuhnya macam dulu. Hari Ahad 31.10.10 saya balik ke Kota Kinabalu semula. Kerja2 yang saya tinggalkan kadangkala mengusutkan hati saya walaupun saya mengambil cuti CRK di kampungnya itu. ENtah kenapa ada sesuatu yang sarat dalam diri tika itu. Akhirnya Ahad itu saya balik juga bersama anak dan suami. (Maafkan saya)
      Setelah tiba di Kundasang, kami menerima berita yang ibu mertua sudah berangkat ke kampung abadi, Saya terdiam. Antara bimbang, resah, serba salah kerna meninggalkan sekolah lantaran kerja yang masih banyak di sekolah dan urusan keluarga di sisi ibu mertua. Sepanjang jalan saya tidak bersuara. Sepanjang jalan saya hanya berzikir dan memujuk diri. Semoga kembali ibu mertua kke kampung abadi akan lebih dirahmati di sisi Allah.
        Setelah sepuluh hari kembali ibu mertua saya ke kampung abadi, barulah saya mampu mengalirkan air mata. Air mata kesedihan. Air mata mengenang seorang wanita yang mengajar saya makna hidup yang lebih besar dan bermakna. Kalau mahu dikongsi di sini banyak sekali. Selebihnya, saya tidak mengerti air mata apa yang mengalir berjurut2 dari kolam mata saya. Ketika itu saya kembali ke kampung saya di Kuala Penyu. Entah kenapa saya tiba-tiba menangisi teresak2 tanpa diketahui sesiapa termasuk suami saya di sisi sedang memandu. Perasaan saya bercampur baur juga, mengenang ayah yang sudah tiba di kampung abadinya, arwah mak cik saya( kakak kepada arwah ayah) dan kini ibu mertua. Dan, senyuman yang terukir kadang-kadang tidak menggambarkan apa yang ada tercermin di hati. Semoga mereka semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.
      Namun, yang pasti saya reda akan keberangkatan ibu mertua ke kampung abadinya. Semoga rohnya di tempatkan bersama golongan yang beriman dan diberi rahmat agung dari Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia.

      4o hari bakal menjelangnya pemergian ibu mertua ke kampung abadinya, saya pun turut berangkat ke Semporna untuk turut mengenang kembali pemergiannya dengan doa dan harapan, arwah diberkati hayatnya.40 hari saya datang ke tapak rumahnya dengan beberapa novel yang sudah menanti hendak disiapkan sepenuhnya. Beberapa novel kanak-kanak sudah dihantar ke DBP dan akan dihantar ke penerbit yang lain. Pemergian ibu mertua menyuntik semangat roh novel dari dalam simpanannya. Semuanya ada rahsia dari Ilahi. Alfatihah untuk ibu mertua, arwah ayahanda dan arwah mak cik Saadiah. Amin