Noraini Bt Osman mencatat,
27 Januari 2011 termaktub dalam sejarah hari ini. Aku menjejak bumi Labuan. Wilayah Persekutuan Labuan yang cukup sinonim dengan tempat lahirku namun boleh dikira dengan jari berapa kali aku ke sana. Memang boleh dibilang dengan jari. Mungkin kekurangan dana pada waktu sekolah dulu menyebabkan aku hanya memandang Labuan dari simpang antara Kuala Penyu, Beaufort dan Menumbok. Di situlah aku selalu memandang jauh tapi dekat.
Aku datang lagi ke bumi Labuan dengan menaiki feri dari Kota Kinabalu. 3 jam perjalanan kurasakan terlalu lama. Aku sudah tidak sabar menatap wajah Labuan walaupun sudah berpuluh tahun aku menahan sabar hendak ke bumi di pesisir lautan itu. Labuan masih serupa dulu. Masih macam dulu, kedai-kedainya juga suram dan semuanya masih macam dulu. Tidak banyak perubahan di sebelah bandarnya. Kecuali ada beberapa bangunan yang sedang didirikan.
Aku ke Labuan kerana kebetulan anakku Mieka Annisa mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMAIWP) dalam tingkatan satu.
Aku datang dengan harapan. Aku berdoa agar anak sulungku ini akan mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik dari sekolah agama ini. Kebetulan minggu depan cuti tahun Baru Cina, anakku dibawa semula ke Kota Kinabalu. Persekolahan akan bermula pada 7 Feb 2011 bersamaan hari Isnin.
Selepas kami mengelilingi satu Labuan bersama kawan suami Suhaili di Labuan, kami balik ke terminal bot dan feri. Selepas membeli beberapa bungkus coklat kami pun balik menaiki bot laju menuju ke Menumbok. Sampai di sana kami menaiki teksi Unser dengan tambang RM30 seorang.
Begitulah Wilayah Persekutuan Labuan. Sehari di Labuan, aku terasa penat sekali. Kebetulan dua hari sebelum itu aku demam baru mula baik. Mungkin kesunyian di Labuan menyebabkan aku rindu akan senandung suasana di Kota Kinabalu.
Mudah-mudahan Labuan akan membawa sinar cemerlang kepada anak-anak yang baru mendaftar di SMAIWP Labuan itu.
Noraini Bt Osman @ Noorainie telah menulis beberapa buah novel Melayu iaitu; Keringatmu Yang Mengalir (2001), Gendala (2003), Impian Nabila (2004), Kembali Sebutir Mutiara (2008), Perjalanan Maisharah (2008) Menemui Mantarissa (2009), Saiful Muluk dan Badrul Muluk (2010)
Showing posts with label Mieka Annisa. Show all posts
Showing posts with label Mieka Annisa. Show all posts
Sunday, January 30, 2011
Labuan dan Sekolah Agama
Labels:
Mieka Annisa,
Noraini Bt Osman,
SMAIWP Labuan
Tuesday, December 7, 2010
Permata Jiwa Mutiara Nusa
Noraini Osman kembali Mencatat Untuk Permata Jiwa Mutiara Nusa
Alhamdulillah. Surut jua perasaan saya setelah beberapa hari menungu penuh debar akan keputusan UPSR anak sulung saya Mieka Annisa. Dengan keputusan yang diperolehinya, saya bersyukur sekali. Itulah kemampuan yang dapat dicapainya sepanjang enam tahun dia melalui zaman sekolah rendahnya. Cukup saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahNya memberikan kekuatan dan ketenangan kepada anak saya itu menduduki peperiksaannya dengan cemerlang.
Saya terbaca sebuah diarinya. Penuh dengan warna warni seorang anak remaja. Seorang ibu punya anak remaja, bakal remaja dan kanak-kanak harus mendalami lagi psikologi remaja dan kanak-kanak. Harus dimaklumi kehidupannya penuh adventures, actions, kaki melawan kalau tidak dirurusi dengan baik dan lain-lain. Sebenarnya, saya tanpa sengaja terjumpa diarinya itu dalam usaha menjalin usaha membina plot novel kanak-kanak seusia Mieka Annisa 12 tahun.
Saya sering berdoa kepada Allah agar anak-anak mendapat kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat.

Anak,
Mieka Annisa,
zaman sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)