Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak mencatat sesuatu di dalam blog ini. Maaf, keterbatasan masa dan kadang-kadang malas itu yang menyebabkan saya kurang mengambil berat mengenai blog sendiri. Hari ini saya benar-benar tak dapat membendung rindu saya. Saya pun menulis di blog ini.
Pukul 10.33 malam tadi saya baru balik dari menyaksikan persandingan anak kawan baik saya Puan Yaw Surianie dan Encik Pengiran Ibrahim. Memang grand! Pasangan pengantin Ain-Azad memang gandingan yang sama padan dan bagai pinang dibelah dua. Saya tak sempat mengucapkan sesuatu di majlis itu tadi. DI blog lah saya berucap ssuatu supaya saya tak kempunan kata orang tua. Saya ni pemalu sikit. kalau bagi mikrofon kat saya tadi, saya takut saya pengsan pula. Maaflah, saya ni memang pemalu dan penyegan. hehe... Jadi, dalam blog saya ini saya mendoakan semoga pasangan pengantin anak kepada kawan saya itu akan dilimpahi kebahagiaan dan keriangan di dunia dan akhirat. Semoga mendapat anak-anak buah cinta kelak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.
Saya pun terasa hendak berpantun, biasalah majlis perkahwinan penuh dengan selitan pantun. Saya pun tak sempat fikir nak balas pantun dengan juru acara tadi. Otak penuh ingat makanan yang terhidang di atas meja tadi, makanannya memuaskan hati. Memang tak rugi saya dan kawan saya Beatrice datang tadi. Pantun ini ditujukan kepada pengantin sahaja ya.
Orang darat menganyam kelasah,
Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
Sudahlah adat orang bercinta.
Kalau hendak bermain kuda,
Biar sampai ke hulu gelang;
Kalau hendak bermain cinta,
Biar sampai nyawa hilang.
Hari redup membuat gambar,
Gambar dibuat dengan cermat;
Hidup berumahtangga kena banyak sabar,
Barulah hidup berkat dan nikmat.
Sekian dulu untuk kali ini ya. Janganlah ini kali yang terakhir kita bertemu di alam maya, moga ada kesempatan lain dengan izin Ilahi. InsyaAllah.
Noraini Bt Osman @ Noorainie telah menulis beberapa buah novel Melayu iaitu; Keringatmu Yang Mengalir (2001), Gendala (2003), Impian Nabila (2004), Kembali Sebutir Mutiara (2008), Perjalanan Maisharah (2008) Menemui Mantarissa (2009), Saiful Muluk dan Badrul Muluk (2010)
Saturday, March 24, 2012
Perkahwinan Anak Kawan Di Hotel Grand Borneo BallRoom
Monday, January 9, 2012
Menghadiri Temuduga Kerajaan
Noraini Bt Osman mencatat;
- Doa dipermudahkan “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
Sunday, January 8, 2012
Bengkel Pemantapan Cerpen
Noorainie mencatat;
Sudah lama saya berhasrat menulis sesuatu sebagai merakam pengalaman saya semasa mengikuti bengkel di Kundasang pada 16-17 Sept yang lalu. Kadang-kadang saya menyalahkan kuasa masa yang terlalu cepat meninggalkan saya sehingga saya leka dari membuat kerja-kerja yang sememangnya kerja saya. Sebenarnya saya juga yang sibuk dengan tugasan harian saya.
Bengkel Pemantapan ini lebih kepada perbincangan karya yang telah dihantar sebelum bengkel kepada Encik Jasni Matlani untuk dimantapkan lagi. Tetapi ada juga penulis yang menulis cerpen yang tidak cukup syarat dan terpaksa ditolak. Untuk pengetahuan, bengkel ini disertai oleh beberapa penulis Sabah yang telah mantap dan memang diakui kehebatan mereka di persada penulisan negeri mahupun kebangsaan. Penulis itu ialah Sdr Ruhaini Mad Darin, Sdr Dygku Masturah, Sdr Amini, Sdr Jair Sulai, Sdr Raymond Majumah, Sdr Faridah Abdul Hamid, Sdr Siti Rahmah G. Ibrahim, Sdr Katharina Tati dan beberapa penulis baru yang sedang berkembang mekar namanya di peringkat negeri dan kebangsaan. (Maaf, saya hanya menyebut beberapa nama).
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Jasni Matlani (JM) atas nama persatuan BAHASA. Bengkel ini diserikan oleh dua penceramah terkenal dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Encik JM banyak bercakap mengenai watak lelaki dalam karya dan ia merupakan watak yang tahan lama. Beliau juga mengambil contoh Kisah Nabi Yusof dari Surah Yusof. Tuan Haji pula bercakap mengenai perkembangan sastera dan bagaimana menjadi penulis tersohor pada masa akan datang. Encik Mohd Shaiddan Mohamad pula menyentuh mengenai bahasa dalam karya.
Kesimpulannya, bengkel itu banyak membantu meningkatkan lagi semangat dan tahap penulisan penulis. Dengan berbengkel juga kita dapat bertemu dengan penulis lain dan bertukar-tukar maklumat serta mempelajari pengalaman berkarya dari penulis lain. Namun, jika kita benar-benar ingin menjadi penulis besar dan masyhur dengan karya-karya yang agung, ia banyak bergantung kepada diri sendiri bukan hanya bergantung kepada bengkel semata-mata. Tanpa usaha gigih dari dalam diri, bengkel hanya tinggal bengkel dan karya-karya penulis entah ke mana! (Saya bercakap kepada diri sendiri yang nanar dalam karya!Tidak berniat menyindir sesiapa.)
Akhir sekali sebelum balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas mini, kami sempat membeli sebakul jambu yang baru dipetik dari pokoknya. Terima kasih juga kepada pemetiknya. Kami makan dengan gembira di dalam bas mini walaupun jambu belum dicuci. Saya juga merakamkan terima kasih kepada Encik JM kepada memberi peluang kepada saya untuk berbengkel di Kundasang. Begitulah sekelumit kisah yang dapat dikongsikan ketika saya berbengkel di Kundasang yang sejuk dan anginnya nyaman dan saya pasti kalau saya lama di situ, pasti sebuah novel siap dengan mantap! Hehe!

Tuesday, November 29, 2011
Konsep Budaya dan Tamadun: Masa Kini dan Masa Akan Datang
Noorainie mencatat:
Konsep Budaya dan Tamadun.
Agak lama juga saya tak buat entri dalam blog ini. Malam ini, sambil mencatat sesuatu dan membuat sesuatu dalam mini laptop saya ini, akhirnya terbuka hati berkongsi mengenai konsep budaya dan tamadun: Masa kini dan masa akan datang.
Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya bermaksud “The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily notices from within.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kertea, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang rekabentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang India atau orang Minangkabau sekalipun. Manakala budaya bukan kebendaan pula ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat dan kepercayaan tersensendiri dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dalam adat perkahwinan melayu, pihak lelaki memberikan hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India, hantaran disediakan oleh pihak perempuan untuk diberikan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata malah ia juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebaga alat komunikasi sehari-harian. Adat resam pula mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Konsep Tamadun
Kita mengambil kira konsep tamadun dari sudut Barat dan Islam. Secara amnya, tamadun bermaksud Madain atau mudun atau madana iaitu bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek dan ia bermaksud bandar.
Maksud tamadun dari sudut Barat ialah tamadun pembangunan lahiriah atau secara zahir seperti aspek-aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran atau zahir sahaja.
Manakalau maksud tamadun dari sudut Islam ialah meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibnu Khaldun yang melihat aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah merupakan maksud tamadun.
Fungsi Budaya
Monday, November 28, 2011
5 Perkara Mengenai Penulisan Karya Berbentuk Sains Fiksyen
Catatan Noorainie Othman,
Apa itu karya berbentuk sains fiksyen? 5 perkara yang perlu ketahui mengenai penulisan karya berbentuk sains fiksyen.
1. 1. Sains fiksyen genre fiksyen yang berurusan dengan kandungan khayalan tetapi lebih atau kurang masuk akal (atau sekurang-kurangnya bukan ghaib) seperti sains mengenai masa depan, futuristik dan teknologi, pelancongan angkasa, alien, dan kebolehan paranormal. Meneroka kesan-kesan inovasi saintifik adalah salah satu tujuan sains fiksyen, menjadikan "kesusasteraan idea".
2. Fiksyen sains adalah sebahagian besarnya berdasarkan bertulis secara rasional mengenai dunia alternatif niaga hadapan atau mungkin. Ia adalah sama, tetapi berbeza dari, fantasi yang, dalam konteks cerita, unsur-unsur khayalan adalah sebahagian besarnya mungkin dalam saintifik yang ditubuhkan atau saintifik mendalilkan undang-undang alam semula jadi (walaupun beberapa elemen dalam cerita masih mungkin spekulasi imaginatif tulen).
3. Setting untuk fiksyen sains sering kali bertentangan dengan realiti yang dikenali, tetapi sains yang paling fiksyen bergantung pada tahap yang agak penggantungan tidak percaya, yang memudahkan dalam fikiran pembaca dengan penjelasan yang berpotensi penyelesaian atau saintifik untuk pelbagai unsur fiksyen.

5. Prinsip-prinsip saintifik yang baru atau yang bercanggah yang dikenali undang-undang alam semula jadi, misalnya perjalanan masa, bawah tanah, atau perjalanan yang lebih cepat daripada cahaya. Sistem politik atau sosial yang baru dan berlainan (contohnya dystopia, selepas kekurangan, atau situasi post-dahsyat di mana masyarakat yang dianjurkan telah runtuh).Kebolehan paranormal seperti kawalan minda, telepati, telekinesis, dan teleportation.
Jika ada yang berminat dengan karya-karya sains fiksyen, mungkin lima perkara di atas sedikit memberikan pengetahuan buat anda. Selamat berkarya!
Subscribe to:
Posts (Atom)