Assalamualaikum,
1. Sudah lebih dua minggu cuti sekolah berlangsung. Saya pun turut gembira menyambut hari-hari bercuti di rumah dan tidak perlu saya ke mana-mana. Saya hanya perlu menjalankan agenda yang telah saya rancang sebelum ini iaitu saya membuat manuskrip drama seperti yang telah saya azamkan sejak beberapa bulan lalu. Skrip Drama pentas dan Skrip Drama Adaptasi dan kemudiannya menulis novel-novel untuk tujuan penerbitan dari syarikat-syarikat yang sudi menerbitkan novel-novel saya kelak.
2. Anak-anak saya pula yang menggilai drama korea akan terus menonton drama tersebut sepanjang cuti sekolah. Kemudian, demam cuti sekolah itu akan saya ubah apabila bulan Disember sudah bermula. Saya membelikan buku-buku yang berkaitan dengan tahun yang akan mereka duduki pada tahun depan. InsyaAllah, Ya Allah saya mohon kekuatan untuk melaksanakan hal ini. Mieka akan menduduki Tingkatan Tiga dan menghadapi PMR tahun 2013. Maisharah akan menduduki tingkatan satu di SMP tahun depan. Hakimi akan menduduki tahun lima dan Putri Adawiyah akan menduduki tahun dua 2013. Oh, jangan lupa si kecil saya yang coleteh dan keletah Rabiyatul Iman akan saya daftarkan sekolahnya di sebuah sekolah agama insyaAllah. Mudah-mudahan anak-anak terus memegang kukuh inspirasi kecemerlangan dalam pelajaran walaupun sibuk sibuk juga menonton wayang korea, drama Cina dan Maharaja Lawak Mega 2012 bermula bulan akhir November 2012 ini. Sayangnya Si Kecik tidak dapat masuk sebagai peserta pada musim ini. Orang Sabah memang kecewa! Bukan rezekilah kan!
3. Saya akan berkursus Menulis Buku Informatif Kanak-Kanak pada 24-25 Nov ini. Saya akan menginap di Hotel Courtyard kerana saya berkursus dari jam830pagi hingga 430 petang. Jadi buat sementara saya terpaksa meninggalkan anak-anak dan penulisan novel-novel, skrip drama dan cerpen saya. keesokan harinya saya membawa anak-anak menginap di Hotel Grand Borneo. Kami mandi-mandi di kolam renang dan kemudian pada malamnya kami berkaraoke di tingkat dua 1 Borneo. Seronok, sesekali menyanyi dan berenang bersama anak-anak. Hmm, ingat anak-anak selepas ini kita kena belajar!
4. Saya telah membeli sebuah buku bertajuk Melayu Hilang di dunia tulisan Sdr Khalid Salleh. Alhamdulillah saya telah membacanya.
5. Maisharah anak kedua saya mendapat 5A dalam UPSRnya baru-baru 19.11.12 yang baru lalu. Kami akan mengadakan kenduri kesyukuran di Kuala Penyu dan macam saya dan keluarga tidak sempat ke Semporna. Maafkanlah kami warga Semporna. Sejak kejadian yang mengaibkan hari itu, sangat sukar saya hendak berkata "ya" hendak ke Semporna. Kata suami saya, sampai hati dan beraninya iparnya memperkatakan kami sedemikian rupa. Saya memang sedih dengan apa yang telah dikatakan oleh iparnya. Memang sedih sangat-sangat. Dalam situasi kekeluargaan yang kukuh pun dia berani cakap saya hendak buat sesuatu sepeerti dalam tuduhan itu. MasyaAllah, kurangkah idea nak bercakap? Kurangkah idea orang nak dicakap? Maka, lebih baik diam, sabda Rasululllah SAW. Terima kasih juga kepada ipar suami saya yang bercakap celopar demikian rupa. Kasihan lah suami saya, yang sudah lama membenci manusia itu dan semakin menggelengkan kepala. Tidak terbendung rasa dan berasa kurang puas hati. Moga Allah mempertemukan buku dengan ruas. Barulah tahu mana buku dan mana ruasnya ya.
6. Kizzy dan keluarganya akan membawa kami makan di Kampung Nelayan Penampang pada 28.Nov ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan meraikan Maisharah sempena mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Tahniah juga, mungkin saya terlupa. 2 Disember (Ahad) pula saya menghadiri Majlis Pemugaran Karya (Cerpen dan Puisi) di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka KK. SM Zakir dan Mabulmaddin datang sebagai pengkritik pada hari itu. Kami memang mendapat sesuatu yang berguna pada hari itu di mana karya-karya kami dikupas dan dikritik dengan kritikan yang membina dan bukan mematikan semangat!
7. Kami suami isteri pun akan menyambut ulang tahun perkahwinan pada 12.12.12 ini. Oh, cantiknya tarikh itu. Syukur alhamdulillah. Moga hubungan dan kemesraan akan kekal sepanjang hayat kami.
8. Saya akan memulakan azam baru bagi tahun 2013 ini. Semoga tahun 2013 ini akan membawa sinar yang sentiasa cemerlang kepada saya dan keluarga dan kepada saudara-saudara juga. Jangan lupa berawas-awas, musuh memerhati dalam diam dan senyap.
9. Sama-sama kita mendoakan keselamatan penduduk Gaza Palestine. Semoga perang itu akan berhenti tidak lama lagi. Ya Allah selamatkan semua umat Islam sama ada yang hidup dan yang telah mati. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan hidayat Allah SWT.
Sekian kali ini, suatu hari di cuti sekolah. Happy Holiday 2012.
Noraini Bt Osman @ Noorainie telah menulis beberapa buah novel Melayu iaitu; Keringatmu Yang Mengalir (2001), Gendala (2003), Impian Nabila (2004), Kembali Sebutir Mutiara (2008), Perjalanan Maisharah (2008) Menemui Mantarissa (2009), Saiful Muluk dan Badrul Muluk (2010)
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Thursday, November 22, 2012
Aktiviti Cuti Sekolah 2012
Sunday, September 30, 2012
Menghadiri Perkahwinan
Pada 1 dan 2 September yang lalu saya sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu suami, Encik Elton di Lahad Datu Sabah. Kami tiba di Kampung Bajau Lahad Datu pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan hari kemerdekaan Malaysia. Walaupun sudah lama ia berlalu namun kemeriahannya tetap dirasai oleh kami. Tetamu datang sehingga malam sejak pagi. Kata ayah pengantin, ENcik Elton, jemputan mereka tidak sampai pun 100 orang. Kad jemputan tidak habis diedarkan. Oh, terkejutnya saya. Tetapi lebih menghairankan tetamu yang datang seperti hendak bertemu Siti Nurhaliza pula! Ramainya tetamu! Tuan rumah memasak sehingga tiga kali kerana kehabisan makanan.
Majlisnya agak meriah juga dan diselangi dengan karaoke dari penyanyi yang agak baik juga serta sumbangan suara orang-orang kampung sendiri. Inilah gambar-gambar yang sempat dikongsikan di dalam blog ini sempat perkahwinan anak sepupu itu. Semoga terhibur dan mendapat idea yang bernas apabila terlihat gambar-gambar yang dimuat turunkan di blog ini.
| Dalam sibuk melayani tetamu yang datang, kami sempat bergambar kenangan. |
| Sibuk melayani tetamu. |
| Inilah penyanyi yang didatangkan khas pada hari itu, Ben. Hebat! |
| Beginilah ramainya tetamu yang datang ke majlis itu. |
| Inilah pengantinnya, Roy dan isterinya. |
| Lagi... |
| sempat bergambar dengan pengantin dan Pak Salleh dan isterinya. |
| Lagi kemeriahan tetamu menjamu selera. |
| Mieka dan Putri bergambar kenangan di majlis tersebut. |
| Lagi, kemeriahan majlis perkahwinan Roy. |
| sempat mencuri kesibukan Mieka menjamu selera dengan minuman. |
Semoga terhibur ya biarpun penulis blog ini bukan penghibur.
Saturday, July 28, 2012
Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012
Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012,dibawah ini adalah senarai orang-orang terkaya di Malaysia tahun 2012.
- Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
- T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
- Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
- Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
- Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
- Tan Sri Lim Kok Thay – – Genting Group (aset RM7.58 billion)
- Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
- Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
- Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
- Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (aset RM3.470 billion)
- Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (aset RM2.541 billion)
- Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum (aset RM1.937)
- Datuk Lee Yeow Chor - IOI Group (aset RM1.787 billion)
- Tan Sri Tony Fernandes – Air Asia (aset RM1.772 billion)
- Lee Yeow Seng – IOI Group (aset RM1.746 billion)
- Tan Sri Lau Cho Kun - Hap Seng Consolidated (aset RM1.721 billion)
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay – YTL Group (aset RM1.711 billion)
- Tan Sri Lee Oi Hian - Batu Kawan (aset RM1.589 billion)
- Datuk Lee Hau Hian - Batu Kawan (aset RM1.58 billion)
Thursday, July 26, 2012
Kualiti Kepemimpinan
Menurut Tiedler & Garcia menyatakan bahawa kualiti salah satu faktor penting bagi menentukan kejayaan dan kewujudan kumpulan dan organisasi. Sesungguhnya teknologi memainkan peranan penting dalam keadaan tertentu namun kepemimpinan yang berkesan harus sering kali menggantikan kekurangan kelengkapan dan sumber. Keperluan kepemimpinan yang berkesan sentiasa ada dan amat diharga.
Hukum Memutus Silaturrahim
Assalamualaikum wt.wb.
Saya tidak berniat memburukkan sesiapa di sini. Mudah-mudahan kisah ini menjadi
pelajaran dan teladan jika sesuai dan sempadan sahaja jika tidak sesuai. Saya
mempunyai seorang sahabat, agak baru juga. Namun, tiba-tiba dia memberitahu saya
yang ada orang tidak mahu melihat kami bersahabat rapat. Saya tidak bertanya siapa
orang itu tetapi saya sangsi kenapa kata permintaan orang yang tidak berkaitan itu
yang dilayannya sedangkan yang memutuskan untuk bersahabat dan mengeratkan
silaturrahim itu adalah dirinya sendiri. Kenapa ada orang lain yang menentukan atau
mengawal atau meremote dengan siapa yang dia mesti bersahabat. Pelik...pelik...memang
pelik manusia seorang itu. Malah, kasihan, apa yang membikin saya kasihan apabila
dia tidak tahu membuat keputusan dengan siapa dia mahu bersahabat atau berkawan.
Memang ajaib, dalam dunia yang serba moden dan canggih ada juga manusia yang mabuk,
kolot, tidak ada pendirian dalam hidup dan mengikut telunjuk orang lain, atau sengaja buat
alasan sahaja padahal dia yang meremote orang tersebut tetapi sengaja buat cerita
dan tiba-tiba memutuskan silaturrahim secara tiba-tiba. Subhanallah, ampunilah
dosa-dosaku Ya Allah. Ampunilah aku! Jika aku yang telah terpilih untuk menerima
keaiban sikap sahabat ini, aku mohon ampunkan dosa-dosaku dan beri dia petunjuk agar
dia kembali ke pangkal jalan sebelum dia masuk ke liang lahad. Aku mohon kepada
Engkau Ya Allah dalam bulan Ramadhan penuh berkah dan rahmat ini. Memang aku
sungguh terkejut dengan sikap manusia yang sudah agak tua dan dewasa ini tetapi
berperangai seperti kanak-kanak 11 tahun. MasyaAllah! Memang aneh, pelik dan gila
manusia satu itu. Konon ada pelajaran tetapi dia treat dirinya macam budak yang hanya
ada kelulusan darjah 6!
Kisah ini hanya satu kisah teladan atau sempadan buat kita mendepani hidup yang
penuh cabaran di muka bumi yang kian uzur ini. Moga-moga kita mahu sahaja
memikirkan bagaimana mengeratkan silaturrahim. Jika pun tidak bertemu bersua
muka dan makan minum bersama, atau bertepuk bahu dan bertukar senyuman,
cukuplah doa di kejauhan moga-moga saudara,
sahabat2 atau handai taulan dan sesiapa sahaja yang kita kenangi itu akan kita dalam kesejahteraan
dan bukan putuskan silaturrahim yang membawa pendeknya hayat dan jalannya ke neraka!
Nauzubillah. Saya bukan bermaksud menggurui walaupun saya seorang guru. Saya hanya
mengongsikan sebuah kisah hidup yang denai yang berliku ini.
Tanggungjawab Muslimin dan muslimat mengeratkanlah silaturrahim dalam mencapai
keistimewaan mengeratkan silaturrahim di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh
memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
keistimewaan mengeratkan silaturrahim di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh
memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa
kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu
berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:
kesedaran serta keinsafan, apatah lagi kerana mereka yang tidak mahu
berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya:
“Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang
yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni,
kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya.
Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkanlah keduanya
sampai mereka mau berdamai.” (Hadits riwayat Muslim)
Nabi juga bersabda : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya
lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya
dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya
akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan
menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak
bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat
riwayat sohih dari al-bukhari )
lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya
dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya
akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan
menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak
bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat
riwayat sohih dari al-bukhari )
Nabi bersabda lagi: Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim " ( al-Bukhari)
Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil
dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua
orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan
saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:
dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua
orang yang beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan
saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta‘ala:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara
kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji
sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:
sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:
1. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan
silaturrahim.
silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan.
3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Menperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira
dengan eratnya silaturahim itu.
dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap
kali disebut kebaikannya.
kali disebut kebaikannya.
Sumber: Mufti Brunei
Wednesday, July 25, 2012
Majlis Perpisahan
Majlis Perpisahan Dengan Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Anjuran BAHASA
| Di samping Kak Isnainah |
| Bersungguh sekali mereka makan |
| Kali ini minum pula, dengan senyuman manis terukir di wajah, memang kelas! |
| Sibuk juga Cikgu Ramli dan Faridah dengan supnya |
| Sempat berposing di luar WindBell Restorant |
| Lagi bergambar bersama bekas Pengarah DBP Sabah |
| Kali ini bergambar bersama orang kuat BAHASA |
Tuesday, July 24, 2012
Kelebihan dan Amalan Ramadhan Al-Mubarak
Kelebihan dan amalan di bulan ramadhan ini dipetik daripada blog maribelajar.forumation.com, moga dihalalkan ilmu yang dikongsikan ini. TK.
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak
bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Monday, July 23, 2012
Gambar sekitar Sukan Sekolah
Gambar Sekitar Sukan Sekolah II
Barangkali agak janggal rasanya kalau kita dikatakan bersukan tanpa menyertakan gambar murid dan guru yang terlibat.
| Hmm, siapa tu? |
| Tu dia... |
| Mengambil kesempatan bergambar dengan guru cemerlang Choral Speaking |
| Ni candid ja ni |
| Maisharah yang baru sahaja melompat jauh walaupun tidak begitu jauh |
| Maisharah sedang menunjukkan lompatannya! Chayo! Chayo! |
| Apa kena dengan mata Mai tu? |
| Peserta sedang bersedia berlari di petak yang disediakan, apa Cikgu Izwan dan Cikgu Sharul bincang? |
| Rowen dari rumah Sapphire menjuarai larian 100m dengan cemerlang |
| Wakil dari setiap rumah bersedia menunjukkan larian mereka |
| Hmm, guru-guru dari Rumah Sapphire dengan senyumannya yang manis mengalahkan sirap...hehe |
| Para peserta perbarisan setiap rumah sedang berjemur untuk acara kemuncak pada hari Sukan itu |
| Mai tunjuk apa tu? |
| Ustaz Basri telek apa tu? |
Bersabarlah
Bersabarlah dengan setiap kebejatan yang dilakukannya, maka dengan kesabaran Allah akan melimpahkan pahala untuk kita. Jangan kebejatan dibalas dengan kebejatan kerana pada masa itu kita sudah sebati mengikut kata hati. Bersabar dan bertenanglah moga-moga ada sayap kebebasan dikurniakan Allah buat hambaNya yang penyabar dan tabah.
Sunday, July 22, 2012
Sekitar Sukan Sekolah
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebelum dan semasa sukan sekolah 18.7.12 yang lalu.
| Murid-murid sedang mendengar taklimat jurulatih |
| Cikgu Hafiz bersungguh-sungguh melatih murid |
| Nah, kedua-dua guru itu sedang bergembira dengan papan tanda Sapphire |
| Murid-murid tahun 1 sedang berlatih sukaneka |
| Haha, tiba-tiba ada Rabiyatul Iman di celah-celah murid tahun 1 yang sedang latihan sukaneka |
Friday, July 20, 2012
Gambar Anak-Anak
Gambar-gambar Rabiyatul Iman dan Putri Adawiyah yang sempat dirakamkan.
| Kakak yang sulung ikut berposing |
| Hanya memeriahkan menggambar dengan kamera baru |
| Ha, senyuman seorang putri |
| Lagi aksi soerang putri |
| Lagi gaya hebat seorrang putri |
Wednesday, July 18, 2012
Kongsi bicara
Mari kita berkongsi bicara.
Perkara yang melemahkan semangat ialah;
1. Syak wasangka\
2. Hati yang busuk
Oleh: Hamka
Sekembali dari Kota Umrah
Sukan
Sukan sekolah SK Mutiara telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang telah menjalankan tugas dengan sebaiknya walaupun rumah Biru (Sapphire) hanya mendapat keempat, namun tetap kita bersyukur kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Tahniah juga kepada para peserta yang telah berlari dengan selaju-lajunya dan memberikan mata kepada pasukannya.
Akhir kalam, terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk membeli pakaian sukan guru dan murid, makanan dan minuma kepada para peserta yang menyertai perbarisan, peserta lari dan pom-pom. Terima kasih sekali kepada semua penyumbang yang dermawan dan murah hati. Nama tidak dapat disumbangkan kerana terlalu ramai penyumbang.
Sekian, majulah sukan untuk negara. Semoga tahun depan berjumpa lagi.
Tuesday, July 10, 2012
Orang Mukmin
Orang mukmin dalam lima keadaan yang menyusahkan, iaitu:
1. Mukmin yang dengki
2. Munafiq yang membenci
3. Orang Kafir yang memeranginya
4. Nafsu yang melawan untuk mengalahkannya
5. Syaitan yang sentiasa berjanji menyesatkannya.
Jadi, fikir-fikirkanlah kekuatan dan kelemahan antara kita.
Sebarkanlah salam antara kamu sesama Islam.
1. Mukmin yang dengki
2. Munafiq yang membenci
3. Orang Kafir yang memeranginya
4. Nafsu yang melawan untuk mengalahkannya
5. Syaitan yang sentiasa berjanji menyesatkannya.
Jadi, fikir-fikirkanlah kekuatan dan kelemahan antara kita.
Sebarkanlah salam antara kamu sesama Islam.
Monday, June 25, 2012
Teks Ucapan Majlis Penutupan Karnival Akademik 2012
Teks Ucapan yang pernah saya tulis.
Teks Ucapan Alu-aluan Majlis Penutupan Karnival Akademik 2012
Asssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Mutiara. Yang Berhormat _____________________, Yang Berbahagia ________________, Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Bhaif bin Bar, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Afendy Hj. Ramlee, ketua-ketua panitia, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, guru-guru dan murid-murid yang disayangi.
1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir bagi meraikan sebuah majlis yang amat bermakna, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Karnival Akademik bagi tahun 2012. Saya amat gembira menyaksikan semua guru dan murid berkumpul di dalam dewan ini untuk sama-sama menjayakan majlis penutupan karnival akademik yang dilaksanakan dengan sambutan yang amat baik dari semua guru dan murid-murid pada setiap tahun.
2. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan Guru Besar Datin Florence Kouju telah berjaya mengilhamkan Karnival Akademik ini sejak 2010. Karnival Akademik ini adalah acara tahunan dan ini adalah karnival yang ketiga diadakan sejak tahun 2010. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Ketua-ketua Panitia, ahli jawatankuasa Karnival Akademi dan murid-murid yang telah bertungkus-lumus sejak minggu lalu untuk menjadikan karnival ini terlaksana dengan jayanya.
Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid sekalian,
3. Program Karnival Akademik ini diadakan dengan matlamat untuk mendedahkan murid dengan beberapa aktiviti di bawah unit kurikulum. Murid-murid juga diharapkan akan mendapat pengalaman baru berdasarkan pemerhatian mereka di gerai-gerai pameran. Gerai-gerai pula terdiri daripada 14 gerai pameran. Pameran telah diadakan sepanjang minggu ini iaitu 18 Jun hingga 21 Jun 2012. Semua murid berpeluang melawat ke gerai-gerai pameran bersama-sama dengan guru.
4. Antara objektif karnival akademik ini diadakan adalah sebagai satu aktiviti kemuncak setelah semua panitia mengadakan Minggu Panitia. Di samping itu, ia juga memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menghasilkan kerja amali atau projek dengan cemerlang.
5. Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam bidang kurikulum, pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan guru-guru sehinggalah membina kesepaduan kumpulan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya. Pihak sekolah juga sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang. Demi untuk merealisasikan hal ini karnival akademik juga turut mengadakan beberapa pertandingan iaitu pertandingan Scrabble atau Sahibba dan Pesta Pantun bagi murid-murid Tahap 2.
Hadirin yang dihormati sekalian,
6. Pihak sekolah juga berbesar hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang baik daripada Pihak PIBG di sekolah ini atas sumbangan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya Karnival Akademik ini.
7. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil daripada PPD iaitu Encik __________ di atas kesudian beliau hadir pada majlis ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua ketua-ketua panitia, ahli jawatankuasa kerja yang terlibat, guru-guru, murid-murid yang membantu serta semua pihak yang membantu menjayakan Karnival Akademik ini. Saya ada sebuah pantun untuk pasukan kerja yang telah memastikan majlis ini berlangsung dengan jayanya.
Berkejar-kejaran ombak di laut,
Menyentuh pantai pasirnya bersih;
Budi tuan kelak disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.
8. Seterusnya, bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya memohon kemaafan jika sepanjang perbincangan sehingga berlangsungnya majlis penutupan Karnival Akademik ini terdapat kekasaran dan kepincangan. Dan, saya akhiri juga ucapan saya dengan dua rangkap pantun.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jati ke dalam paya;
Banyak budi tuan semaikan,
Semoga tumbuh menyinar dunia.
Sekian wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian dan terima kasih.
Posted by: noorainie othman
Subscribe to:
Posts (Atom)

