Monday, January 9, 2012

Menghadiri Temuduga Kerajaan

Noraini Bt Osman mencatat;

  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”
ujianpacBacalah dua benda ini sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk semua calon Ujian atau temuduga kerajaan 2011 dan semoga berjaya melayakkan diri untuk semua kekosongan nanti!

Sunday, January 8, 2012

Bengkel Pemantapan Cerpen

Noorainie mencatat;

Sudah lama saya berhasrat menulis sesuatu sebagai merakam pengalaman saya semasa mengikuti bengkel di Kundasang pada 16-17 Sept yang lalu. Kadang-kadang saya menyalahkan kuasa masa yang terlalu cepat meninggalkan saya sehingga saya leka dari membuat kerja-kerja yang sememangnya kerja saya. Sebenarnya saya juga yang sibuk dengan tugasan harian saya.

     Bengkel Pemantapan ini lebih kepada perbincangan karya yang telah dihantar sebelum bengkel kepada Encik Jasni Matlani untuk dimantapkan lagi. Tetapi ada juga penulis yang menulis cerpen yang tidak cukup syarat dan terpaksa ditolak. Untuk pengetahuan, bengkel ini disertai oleh beberapa penulis Sabah yang telah mantap dan memang diakui kehebatan mereka di persada penulisan negeri mahupun kebangsaan. Penulis itu ialah Sdr Ruhaini Mad Darin, Sdr Dygku Masturah, Sdr Amini, Sdr Jair Sulai, Sdr Raymond Majumah, Sdr Faridah Abdul Hamid, Sdr Siti Rahmah G. Ibrahim, Sdr Katharina Tati dan beberapa penulis baru yang sedang berkembang mekar namanya di peringkat negeri dan kebangsaan. (Maaf, saya hanya menyebut beberapa nama).

     Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Jasni Matlani (JM) atas nama persatuan BAHASA. Bengkel ini diserikan oleh dua penceramah terkenal dari Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Encik JM banyak bercakap mengenai watak lelaki dalam karya dan ia merupakan watak yang tahan lama. Beliau juga mengambil contoh Kisah Nabi Yusof dari Surah Yusof. Tuan Haji pula bercakap mengenai perkembangan sastera dan bagaimana menjadi penulis tersohor pada masa akan datang. Encik Mohd Shaiddan Mohamad pula menyentuh mengenai bahasa dalam karya.

     Kesimpulannya, bengkel itu banyak membantu meningkatkan lagi semangat dan tahap penulisan penulis. Dengan berbengkel juga kita dapat bertemu dengan penulis lain dan bertukar-tukar maklumat serta mempelajari pengalaman berkarya dari penulis lain. Namun, jika kita benar-benar ingin menjadi penulis besar dan masyhur dengan karya-karya yang agung, ia banyak bergantung kepada diri sendiri bukan hanya bergantung kepada bengkel semata-mata. Tanpa usaha gigih dari dalam diri, bengkel hanya tinggal bengkel dan karya-karya penulis entah ke mana! (Saya bercakap kepada diri sendiri yang nanar dalam karya!Tidak berniat menyindir sesiapa.)

    Akhir sekali sebelum balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki bas mini, kami sempat membeli sebakul jambu yang baru dipetik dari pokoknya. Terima kasih juga kepada pemetiknya. Kami makan dengan gembira di dalam bas mini walaupun jambu belum dicuci. Saya juga merakamkan terima kasih kepada Encik JM kepada memberi peluang kepada saya untuk berbengkel di Kundasang. Begitulah sekelumit kisah yang dapat dikongsikan ketika saya berbengkel di Kundasang yang sejuk dan anginnya nyaman dan saya pasti kalau saya lama di situ, pasti sebuah novel siap dengan mantap! Hehe!

Tuesday, November 29, 2011

Konsep Budaya dan Tamadun: Masa Kini dan Masa Akan Datang

Noorainie mencatat:

Konsep Budaya dan Tamadun. 

Agak lama juga saya tak  buat entri dalam blog ini. Malam ini, sambil mencatat sesuatu dan membuat sesuatu dalam mini laptop saya ini, akhirnya terbuka hati berkongsi mengenai konsep budaya dan tamadun:  Masa kini dan masa akan datang.


Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya bermaksud “The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily notices from within.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kertea, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang rekabentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang India atau orang Minangkabau sekalipun. Manakala budaya bukan kebendaan pula ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat dan kepercayaan tersensendiri dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dalam adat perkahwinan melayu, pihak lelaki memberikan hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India, hantaran disediakan oleh pihak perempuan untuk diberikan kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata malah ia juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebaga alat komunikasi sehari-harian. Adat resam pula mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Konsep Tamadun
Kita mengambil kira konsep tamadun dari sudut Barat dan Islam. Secara amnya, tamadun bermaksud Madain atau mudun atau madana iaitu bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek dan ia bermaksud bandar.
Maksud tamadun dari sudut Barat ialah tamadun pembangunan lahiriah atau secara zahir seperti aspek-aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran atau zahir sahaja.
Manakalau maksud tamadun dari sudut Islam ialah meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibnu Khaldun yang melihat aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah merupakan maksud tamadun.


Fungsi Budaya

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. budaya juga memberikan identiti kepada suatu kelompok dalam aspek cara kendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Kesimpulannya, budaya ialah himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Monday, November 28, 2011

5 Perkara Mengenai Penulisan Karya Berbentuk Sains Fiksyen

Catatan Noorainie Othman, 

Apa itu karya berbentuk sains fiksyen? 5 perkara yang perlu ketahui mengenai penulisan karya berbentuk sains fiksyen.

1.   1. Sains fiksyen genre fiksyen yang berurusan dengan kandungan khayalan tetapi lebih atau kurang masuk akal (atau sekurang-kurangnya bukan ghaib) seperti sains mengenai masa depan, futuristik dan teknologi, pelancongan angkasa, alien, dan kebolehan paranormal. Meneroka kesan-kesan inovasi saintifik adalah salah satu tujuan sains fiksyen, menjadikan "kesusasteraan idea".  

2. Fiksyen sains adalah sebahagian besarnya berdasarkan bertulis secara rasional mengenai dunia alternatif niaga hadapan atau mungkin. Ia adalah sama, tetapi berbeza dari, fantasi yang, dalam konteks cerita, unsur-unsur khayalan adalah sebahagian besarnya mungkin dalam saintifik yang ditubuhkan atau saintifik mendalilkan
undang-undang alam semula jadi (walaupun beberapa elemen dalam cerita masih mungkin spekulasi imaginatif tulen).

3. Setting  untuk fiksyen sains sering kali bertentangan dengan realiti yang dikenali, tetapi sains yang paling fiksyen bergantung pada tahap yang agak penggantungan tidak percaya, yang memudahkan dalam fikiran pembaca dengan penjelasan yang berpotensi penyelesaian atau saintifik untuk pelbagai unsur fiksyen.
 4.     Kriteria fiksyen sains termasuk:Satu masa pada masa akan datang, dalam tempoh masa alternatif, atau pada masa lalu sejarah yang bercanggah dengan dikenali fakta sejarah atau rekod arkeologi. Setting ruang atau tempat kejadian di angkasa lepas (contohnya, penerbangan angkasa lepas), dunia lain, atau atas bumi bawah tanah. Aksara-aksara yang termasuk orang asing, mutan, androids, atau robot humanoid. Teknologi yang futuristik (misalnya, senjata api ray, mesin teleportation, komputer humanoid

5.     Prinsip-prinsip saintifik yang baru atau yang bercanggah yang dikenali undang-undang alam semula jadi, misalnya perjalanan masa, bawah tanah, atau perjalanan yang lebih cepat daripada cahaya. Sistem politik atau sosial yang baru dan berlainan (contohnya dystopia, selepas kekurangan, atau situasi post-dahsyat di mana masyarakat yang dianjurkan telah runtuh).Kebolehan paranormal seperti kawalan minda, telepati, telekinesis, dan teleportation.

Jika ada yang berminat dengan karya-karya sains fiksyen, mungkin lima perkara di atas sedikit memberikan pengetahuan buat anda. Selamat berkarya!

Friday, November 25, 2011

Perbandingan Bentuk Kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Etnik (Bahasa Brunei) Bhg Akhir

Noorainie mencatat;

1.2        Bentuk Kata Majmuk
 
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan agar menjadi satu kesatuan sintaksis yang boleh membawa makna tertentu (Nik Safiah,et al.,2003). Contohnya:
Jadual 1.19
Kata dasar
Kata dasar
Hasil
Bendahari
Kehormat
Bendahari kehormat
Sudut
Makan
Sudut makan
Air
Mata
Air mata
Kerani
Kanan
Kerani kanan

Jadual 1.19(i)
Kata dasar
Kata dasar
Hasil
Tampat
Makan
Tampat makan
Aing
Mata
Aing mata
Anak
Eskul
Anak eskul
Tungkat
Ajai
Tungkat ajai
Ambulung
Karing
Ambulung karing

Jadual 1.19 dan 1.19(i) menunjukkan contoh perbandingan penggunaan kata majmuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei.
Jadual 1.20 menunjukkan contoh penggunaan satu kelompok bentuk kata majmuk dalam bahasa Melayu
Jenis/keterangan
Contoh
Terdiri daripada rangkaian kata bebas
Gambar rajah
Biru laut
Tengah hari
Kuning langsat
Perdana Menteri
Duta Besar
Naib Canselor
Ketua Setiausaha Negara

Jadual 1.20(i) menunjukkan contoh penggunaan satu kelompok bentuk kata majmuk dalam bahasa Brunei
Jenis/keterangan
Contoh
Terdiri daripada rangkaian kata bebas
Baju sampang
Sungkit dara
Sapak kurau
Santal kapas
Badil luhung
Tunggul baduk
Bala itik
Balimbing pucung

Jadual 1.21 menunjukkan contoh penggunaan satu kelompok bentuk kata majmuk dalam bahasa Melayu
Jenis/keterangan
Contoh
Mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
Kaki ayam
Buah hati
Bulan madu
Tumbuk rusuk
Makan angin

Jadual 1.21(i) menunjukkan contoh penggunaan satu kelompok bentuk kata majmuk dalam bahasa Brunei
Jenis/keterangan
Contoh
Mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
Sabal parut
Bagas tangan
Inda baya
Budu talinga
Mati buragan
Babuyah mulut
Babuyah tangga

1.3        Bentuk Kata Ganda
 
Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan itu mempunyai imbuhan atau tidak. Selain itu, penggandaan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2003). Terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan serentak.
1.3.1     Penggandaan penuh
Biasanya penggandaan penuh akan menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau tidak. Selain itu, penggandaan penuh terjadi pada kata dasar yang tidak berimbuhan menggandakan seluruh kata dasar. Tambahan pula, kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya termasuklah imbuhan sekali (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2007). Penggunaannya dapat diperhatikan melalui contoh berikut:
Jadual 1.22 menunjukkan contoh penggunaan penggandaan penuh dalam bahasa Melayu
pulau-pulau, buku-buku, cantik-cantik, minum-minum, mata-mata, pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuan-persatuan dan kehendak-kehendak

Jadual 1.22(i) menunjukkan contoh penggunaan penggandaan penuh dalam bahasa Brunei
lampung-lampung, bisai-bisai, ampai-ampai, langui-langui, bini-bini, indah-indah, ahir-ahir, katua-katua, acuk-acuk, adai-adai, alak-alak, arang-arang, palampung-palampung

1.3.2     Penggandaan separa
Penggandaan separa akan menggandakan sebahagian sahaja daripada kata dasar. Selain itu, kata dasar juga boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Tambahan pula, penggandaan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2007). Penggunaannya dapat diperhatikan menerusi contoh di bawah:
Jadual 1.23 menunjukkan contoh penggunaan penggandaan separa dalam bahasa Melayu
Penggandaan separa
Laki – laki-laki – lelaki
Jari – jajari – jejari
Siku – sisiku – sesiku
Rambut – rarambut – rerambut
Langit – lalangit – lelangit

Jadual 1.23(i) menunjukkan contoh penggunaan penggandaan separa dalam bahasa Brunei
Penggandaan separa
Laki – laki-laki – lalaki
Jari – jajari – jajari
Rambut – rarambut – rarambut
Kalawar – kalilawar – kalalawar
Kalitik – katik – kalakitik
Kasak – kasak-kasak – karasak
Langit – lalangit – lalangit

Daripada jadual 1.23 dan 1.23(i) di atas, pengkaji mendapati amat kurang sekali penggunaan separa di dalam bahasa Brunei berbanding bahasa Melayu. Malah, ia amat hampir sekali dengan Bahasa Melayu. Contohnya, rambut kepada rarambut.

Jadual 1.24 menunjukkan penggunaan penggandaan separa untuk kata kerja tertentu bahasa Melayu
Keadaan/ jenis
Contoh
Di belakang kata dasar
Berlari-lari
Mencari-cari
Berturut-turut
Terdiri-diri
Sepandai-pandai
Di hadapan kata dasar
Kasih-mengasihi
Cinta-mencintai
Kejar-mengejar
Tolong-menolong
Bantu-membantu

Jadual 1.24(i) menunjukkan pengunaan penggandaan separa untuk kata kerja tertentu dalam bahasa Brunei
Keadaan/jenis
Contoh
Di belakang kata dasar
Barambit-rambit, baranu-anuan
Bakira-kira, bapasing-pasing
Mangambil-ambil, mamajal-majal
Balurut-lurut, barinut-rinut
Tarampus-ampus
Taranggat-anggat
Sabisai-bisai
Saangkat-angkat
Di hadapan kata dasar
Bubut-mambubut
Palar-mamalar
Anggung-manganggung
Asak-barasak
Jabat-manjabat
Sabak-manyabak
Tampung-manampung
Antam-mangantam
Buyuk-mambuyuk
Di hadapan kata dasar (-an)
Aur-auran
Amban-ambanan
Asah-asahan
Capi-capian
Imbas-imbasan
Gulai-gulaian
Di hadapan dan di belakang kata dasar
Keancak-ancakan
Kangalih-ngalihan
Katalur-taluran
Kaluah-luahan
Kabini-binian
Mangacung-acungkan
Mambiut-biutkan
Mangarih-ngarihi
Mamata-matai
Separadian

Daripada jadual 1.24 dan 1.24(i) di atas menunjukkan contoh perbandingan penggunaan penggandaan separa untuk kata kerja tertentu dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei. Terdapat perbezaan yang ketara antara penggunaan separa untuk kata kerja tertentu dalam bahasa Brunei. Jika dalam bahasa Melayu, hanya terdapat dua jenis penggunaan separa bagi kata kerja tertentu iaitu penggunaan separa di belakang kata dasar dan di hadapan kata dasar. Tetapi bagi bahasa Brunei terdapat empat jenis penggunaan separa bagi kata kerja tertentu iaitu pengunaan penggandaan separa di belakang kata dasar, di hadapan kata dasar, di hadapan kata dasar (-an) dan di belakang dan di hadapan kata dasar iaitu secara serentak. Ia amat jauh berbeza berbanding bahasa Melayu yang hanya mempunyai dua jenis penggandaan separa.
1.3.3     Penggandaan berentak
Penggandaan berentak biasanya akan menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar itu. Selain iu, seluruh kata dasar digandakan dengan bunyi-bunyi tertentu akan diulang atau diubah (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2007). Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal tertentu atau terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.

Jadual 1.25 menunjukkan contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan vokal bagi bahasa Melayu
Keadaan/ jenis
Contoh
Penggandaan berentak pengulangan vokal
Sayur-mayur
Kuih-muih
Selok-belok
Lauk-pauk
Gotong-royong
Cerai-berai

Jadual 1.25(i) menunjukkan contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan vokal bagi bahasa Brunei
Keadaan/ jenis
Contoh
Penggandaan berentak pengulangan vokal
Siluk-biluk
Lauk-pauk
Gutung-ruyung
Carai-barai
Goring-limpang
Luak-pakak

Jadual 1.26 menunjukkan contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan konsonan dalam bahasa Melayu
Keadaan/ jenis
Contoh
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Gunung-ganang
Bukit-bukau
Mandi-manda
Bolak-balik
Batu-batan


Jadual 1.26(i) menunjukkan contoh penggunaan penggandaan berentak pengulangan konsonan dalam bahasa Brunei
Keadaan/ jenis
Contoh
Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Kajam-kisap
Lapu-larung
Limpar-lirip
Mamurancah-mamulasit

Kesimpulan


Daripada perbandingan yang dibuat terhadap penggunaan bentuk kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei, masih terdapat persamaan di samping perbezaan yang diperbincangkan dengan panjang lebar. Antara persamaan itu ialah bahasa Melayu dan bahasa Brunei tetap mempunyai imbuhan tetapi hanya berlaku pertukaran di dalam sebutan per- menjadi par-, me- menjadi ma-. Selain itu, bahasa Brunei banyak menggunakan ‘u’ contohnya boleh dalam bahasa Melayu ditukar kepada bulih, tolong menjadi tulung dan kotak menjadi kutak. Di samping itu, jika sebuah kata diakhiri dengan huruf vokal dalam kedua-dua bahasa, tetapi bahasa Brunei dilafazkan seperti berikut.
Jadual 1.27
Bahasa Melayu
Bahasa Brunei
Kita
Lawa
Buku
Kari
Kita’
Lawa’
Buku’
Kari’

Bibliografi

http://bakurapakbrunei-ambuyatelbinangkit.blogspot.com
http://melayuonline.com/ind/dictionary/detail
http://www.ums.edu.my
http://itamlagam.wordpress.com/mari-belajar-bahasa-
http://id.wikipedia.org/wiki/bahasa_melayu_brunei
http://ms.wikipedia.org/wiki/brunei
http://mrvirusxxx.blogspot.com/.../mari-belajar-bahasa
http://kitaniteam.blogspot.com/.../belajar-bahasa-brunei
http://tarabassing.blogspot.com