Friday, November 25, 2011

MAI TAH KURAPAK BRUNEI - AMBUYAT EL-BINANGKIT: NYANGKU ANI - 001 : KAMUS BAHASA BRUNAI

Noorainie mencatat:

MAI TAH KURAPAK BRUNEI - AMBUYAT EL-BINANGKIT: NYANGKU ANI - 001 : KAMUS BAHASA BRUNAI

Saya ambil dengan izin perolehan mengenai kamus bahasa Brunei ini dari http://bakurapakbrunei-ambuyatelbinangkit.blogspot.co dengan tujuan untuk mengembangkan lagi bahasa Brunei malah untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kita sendiri belum tahu dalam bahasa Brunei itu sendiri. Semoga dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi struktur dan nahu dalam bahasa itu sendiri. Bagi kaum lain, semoga ia akan menambahkan lagi pengetahuan anda semua. Fikirkan kita satu rumpun dan menuntut ilmu itu wajib sampai ke liang lahad, maka perkongsian ilmu ini wajar diterima dengan hati terbuka. 


Terima kasih.

Tuesday, November 22, 2011

Bhg 2: Perbandingan Bentuk Kata Bahasa Melayu dan Bahasa Brunei

1.2        Kata Terbitan
Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses penambahan nahu atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang akhirnya melahirkan kata terbitan. Berdasarkan kedudukan pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan (Nik Safiah Karim et al., Tatabahasa Dean Edisi Baharu,2003).
1.2.1     Awalan
Kata terbitan awalan biasanya akan hadir sebelum kata dasar. Kata terbitan berawalan terbahagi kepada tiga jenis iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif (Nik Safiah Karim et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,2007). Contoh kata terbitan awalan ini diperhatikan menerusi contoh di bawah:
Jadual 1.9 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata nama dalam bahasa Melayu
Awalan kata nama
Pe- (pelari, perakus)
Pem-(pembawa, pembuat)
Pen- (pendatang, pendua)
Peng- (penggali, penggubal)
Penge- (pengebom, pengetip)
Pel- (pelajar)
Per- (perasap, perbara)
Ke- (ketua, kelipat)
Juru- (juruukur, juruwang)
Maha- (mahasiswa, mahaguru)
Pra- (prasekolah, prakata)
Supra- (suprakelas, supranasional)
Eka- (ekabahasa, ekawarna)

Jadual 1.9(i) menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata nama dalam bahasa Brunei

Awalan kata nama am
Pa- (palaris, palusir)
Pam- (pamajal, pambuyuk)
Pan- (panabak)
Pang- (pangarasi, pangaris)
Panga- (pengalimut)
Pal – (palajar)
Par- (perambat)
Panya- (panyaluru, panyatur, panyupan)
Ka- (katua)

Dari jadual 1.9 dan 1.9(i) iaitu contoh perbandingan penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata nama dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei menunjukkan bahasa Melayu mempunyai banyak kata pinjaman dari bahasa asing. Contohnya, prasejarah, suprakelas, ekabahasa dan dwibahasa. Manakala, bahasa Brunei kurang menggunakan kata pinjaman dari bahasa asing.
Jadual 1.10 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata kerja dalam bahasa Melayu
Awalan kata kerja (me-)
Awalan kata kerja (be-)
Me- (melawan, merasa)
Mem- (membawa, membilang)
Men- (mendaki, mendakwa)
Meng- (menggali, menggiling)
Menge- (mengecat, mengekod)
Memper- (memperhamba, memperisteri)
Ber- (berjalan, berganti)
Be- (beraja, berasa)
Bel- (belajar, belunjur)
Ter- (terjebak, terbentuk)
di- (diatur, ditimbang)
diper- ( dipercepat, diperisteri)

Jadual 1.10(i) menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata kerja dalam bahasa Brunei

Awalan kata kerja (ma-)
Awalan kata kerja (ba-,ta-, di-)
Ma- (malayah, maladit, maunjar)
Mam- (mambawa, mamasing)
Man- (manampung, manjarang)
Mang-(mangurabat,mangantat, mangkalakari)
Manga- (mangaliong, mangalimut, mangacut)
Bar- (barjabat, bartabiat, barajung)
Ba- (bajaur, bakunyanyang, badudun)
Bal- (balajar, balusir)
Tar- (tarsandung)
Ta- (tajunyak, tajulayak)
di- (disigung, digoring)

Jadual 1.11 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata adjektif dalam bahasa Melayu
                         Awalan kata adjektif
Ter- (terbesar, terputih)
Te-(teruncing, terendah)
Se- (secantik, secerah)

Jadual 1.11(i) menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan awalan kata adjektif dalam bahasa Brunei
                         Awalan kata adjektif
Tar- (terbasar, tarputih)
Ta-(taruncing, tarandah)
Sa- (sabisai, sanyaman)


1.2.2     Akhiran
Kata terbitan akhiran biasanya akan sesudah kata dasar. Kata terbitan akhiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja. (Nik Safiah Karim, at al., Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, 2008). Di bawah diberikan contoh berserta dengan perbandingan dengan bahasa Brunei.
Jadual 1.12 menunjukkan contoh pengunaan bentuk kta terbitan akhiran kata nama dalam bahasa Melayu
Akhiran kata nama
-an (pakaian, jahitan)
-wan (sasterawan, angkasawan)
-man (budiman, seniman)
-isme (nasionalisme, sosialisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (sultanah, ustazah)

Jadual 1.12(i) menunjukkan penggunaan bentuk kata terbitan akhiran kata nama dalam bahasa Brunei
Akhiran kata nama
-an (sigupan, baju-bajuan, gulaian)
-wan (jangkawan, angkasawan)
-man (budiman, seniman)
-isme (nasionalisme, sosialisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (sultanah, ustajah)
-i (lampungi, jalamai)

Dari perbandingan di jadual 1.12 dan jadual 1.12(i) menunjukkan bahasa Brunei tidak mempunyai istilah mengenai kata terbitan akhiran kata nama am. Bahasa Brunei lebih banyak menyamai bahasa Melayu.
Jadual 1.13 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan akhiran kata kerja dalam bahasa Melayu
Akhiran kata kerja
-kan (buatkan, gunakan)
-i (turuti, duduki)

Jadual 1.13(i)  menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan akhiran kata kerja dalam bahasa Brunei

Akhiran kata kerja
-an (buritan, limpasan)
-kan (junyakkan, pasingkan)
-i (limpangi, jabati, babati, kabati)

1.2.3     Apitan
Kata terbitan apitan pula biasanya hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan akhir kata dasar. Kata terbitan apitan ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu apitan  kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata adjektif (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2003). Penggunaannya boleh dilihat melalui contoh di bawah ini:
Jadual 1.14 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata nama dalam bahasa Melayu
Apitan kata nama
Pe- ...-an (pelaksanaan, perasaan)
Pem-...-an (pembuatan, pembinaan)
Pen-...-an (pentakrifan, pendapatan)
Peng-...-an (penggunaan, pengguguran)
Penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
Per-...-an (persalinan, perkuburan)
Pel-...-an (pelajaran)
Ke-...an (kelainan, kelebihan)

Jadual 1.14 (i) menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata nama dalam bahasa Brunei
Apitan kata nama
Pa- ...-an (palacahan, pabinian, palumakan)
Pam-...-an (pamandaian, pambanaran)
Pan-...-an (panakaran, pandapatan)
Pang-...-an (panggunaan, pangguguran)
Panga-...-an (pangasahan)
Par-...-an (parjabatan, parambahan)
Pal-...-an (palajaran, palanjuran)
Ka-...an (kabungkayangan, kalalahan)
di-...-i (dilurusi, disiringi)

Jadual 1.15 menunjukkan penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata kerja dalam bahasa Melayu
Apitan kata kerja
Apitan kata kerja
Ma-...-kan (memainkan, melukakan)
Men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)
Mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)
Meng-...-kan (menggunakan, menggandakan)
Menge-...-kan (mengepinkan, mengecamkan)
Ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan)
di-...-kan (dibiarkan, digunakan)
me-...i (melalui, memasuki)
men-...-i (mencurigai, mendendami)
Mem-...-i (membaharui, membohongi)
Meng-...-i (menganggotai, menggauli)
di-...-i (didekati, dimulai)
diper-...-kan(diperdengarkan, diperlihatkan)
diper-...-i (diperingati,
memper-...-kan (memperjuangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehausan, kepanasan)

Jadual 1.15(i) menunjukkan penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata kerja dalam bahasa Brunei
Apitan kata kerja
Apitan kata kerja
Ma-...-kan (malusirkan, malayahkan)
Man-...-kan (manjarangkan, mandangarkan)
Mam-...-kan (mambisaikan, membaikkan)
Mang-...-kan (mangatitkan, menggulaikan)
Manga-...-kan (mangacipkan, mengunjarkan)
Mangi-...-kan (mangicilkan, mangipinkan)
Ba-...-an (bakatawahan, bamulihan)
Bar-...-kan (beralaskan, berlaukkan)
di-...-kan (diunjarkan, diduduikan, dikurapakkan, disalulukan)
many-...i (manyalami, manyabati, manyibaikan)
ma-...-i (malurusi)
Mam-...-i (mamaibuni, mambubuti)
Man-...-i (manduluri, mandangani)
Mang-...-i (mangantami, mangalakari)
di-...-i (dicampuri, diantaki)
dipar-...-kan(diparkicilkan, diparlihatkan)
dipar-...-i (diparabuti, diparsilakan)
mampar-...-kan (memparlicakkan, mamparbisaikan)
ka-...-an (kahausan, kaangatan)

Jadual 1.16 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata adjetif dalam bahasa Melayu
Apitan kata adjektif
Ke-...-an (keinggerisan, kearaban)

Jadual 1.16(i) menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan apitan kata adjetif dalam bahasa Brunei
Apitan kata adjektif
Ka-...-an (kapaingan, kabisaian)

1.2.4     Sisipan
Kata terbitan sisipan merupakan apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan dia kahir kata dasar (Nik Safiah Karim, et al., Tatabahasa Dewan Edisi Baharu 2003). Terdapat dua jenis kata dasar sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif.
Jadual 1.17 menunjukkan contoh penggunaan bentuk kata terbitan sisipan kata nama dalam bahasa Melayu
Sisipan kata nama
-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er- (keruping, seruling, serabut)

Sekian dulu untuk kali ini bagi perbandingan kedua-dua bahasa yang sangat kita akrabi.

Monday, November 21, 2011

Perbandingan Bentuk Kata Bahasa Melayu dan Brunei

Noorainie Othman mencatat;

Satu hari saya membelek, mengurai, memikir dan cuba menghasilkan sesuatu yang terbaik daripada sebuah tajuk yang diberi. Sudah lama juga saya memeram tajuk itu, hampir satu bulan. Tiba-tiba kawan sudah minta. Wah, sudah 'dead line' rupanya. Mahu tak mahu, hendak tak hendak, hari ini saya mesti menyiapkan juga tugasan itu walaupun banyak kerja di sekeliling saya meminta perhatian penuh dari saya Noraini Bt Osman. Hehe! Tak apa, positif! Positif! Noraini Bt Osman boleh siapkan hari ini juga! kena melihat ke depan yang masih banyak ruang untuk hidup bukan memikir belakang yang sudah ditinggalkan. Akhirnya, saya 'copy'kan apa yang sudah saya buat seharian ini di samping melayan kerenah anak-anak pelbagai jenis kecerdasan!



Pengenalan
Dalam Bahasa Melayu, perkataan merujuk kepada satu unit ujaran yang bebas. Selain itu, perkataan juga mengandungi makna yang boleh terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dijeniskan kepada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, 2008).

1.1        Kata Tunggal
Kata tunggal merujuk kepada bentuk yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar iaitu yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan Edisi ke-3,2008). 


Contoh kata tunggal yang mengandungi satu suka kata dengan penyusunan vokal dan konsonan yang berbeza-beza dapat diperhatikan melalui perbandingan bahasa di bawah:
Jadual 1.5 Bentuk kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu
Yu, ru, am, cat, wang, bah, tin, bin, lap, sen, roh, jong, dan, stor, pruf, drill, gred, skel, brek, krim, trak, dram

Jadual 1.5(i) Bentuk kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Brunei
nya, but, brik, grid, krim,  bin, ben, kui, mun, tah, ja,

Jadual 1.5 dan 1.1.5(i) menunjukkan contoh perbandingan penggunaan bentuk kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei. Tidak banyak kata tunggal yang diperolehi dari bahasa Brunei mengenai penggunaan kata tunggal dengan satu suku kata.
Jadual 1.6: Bentuk kata tunggal dengan dua suku kata dalam Bahasa Melayu
Aku, uda, apa, itu, ela, esa, ubi, ibu, aib, air, aur, ais, adik, emas, ubat, alas, ambil, abdi, dua, jauh, liar, jala, beta, jarum, embun, lampu, bangsal, sunting, kapal, ekor.

Jadual 1.6(i): Bentuk kata tunggal dengan dua suku kata dalam bahasa Brunei
Atu, aing, amak, amas, antat, bangat, lampung, lauk, ucing, umuh, uri, kolgit, migi, tambak, cuik, usin, usai, kudut, kuyuk, alai, esbok, jambau, sadau, sagai, limbu, karuk, talur, baie, eskul, mantri, sigup, shikin, supan, punduk, siring.

Jadual 1.6 dan 1.6(i) menunjukkan perbandingan penggunaan bentuk kata tunggal dengan dua suku kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei. Penggunaan bentuk suku kata tunggal dengan dua suku kata dalam bahasa Brunei lebih banyak meminjam daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Contohnya, kolgit (Colgate), migi (maggi), eskul (sekolah), esbok (peti sejuk),  sadau (bayang-bayang) dan shikin (bersalam-salaman).
Seterusnya, kata tunggal dengan tuga suku kata pula biasanya agak kecil. Selain itu, pola-pola konsonan dan vokalnya pula agak banyak dan terdiri daripada kata pinjaman (Nik Safiah Karim et al., Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, 2008). Antara contoh perkataan tiga suku kata ialah:
Jadual 1.7: Bentuk kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu
Cuaca, tiada, biawak, siamang, usia, semua, deria, tempua, keruan, sekian, mengkuang, bankuet, aroma, ijazah, menteri, angkasa, ilmiah, belalang, tapirik, tempurung, sempurna, kelongsong

Jadual 1.7(i): Bentuk kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Brunei
ndada, samua, daria,  sampurna, birahi, sasaban, mutuka, jalama, marati, tabarus, tamaha, meladit, kitani, maritah, tampiling, tiarap, camatu, malayah, balabus, ambuyat, camani, barantam, stetmin, piasau, barinut, pandidip, kalakar, kurapak, paranak.

Jadual 1.7 dan 1.7(i) menunjukkan perbandingan penggunaan bentuk kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei. Bahasa Brunei juga tidak terkecuali daripada menerima kata pinjaman. Contohnya, stetmin  iaitu kenyataan dalam bahasa Melayu.
Selain itu, kata tunggal dengan empat suku kata pula kebanyakkannya terdiri daripada kata pinjaman (Nik Safiah Karim et al.,Tatabahasa Dewam Edisi Baharu, 2003). Antara contohnya ialah:
Jadual 1.8: Bentuk kata tunggal dengan empat suku kata dalam bahasa Melayu
biduanda, sederhana, laksamana, sentiasa, bidadari, salasilah, sentimeter, singgahsana, mesyuarat, universiti, kosmopolitan, maharajalela.

Jadual 1.8(i): Bentuk kata tunggal dengan empat suku kata dalam bahasa Brunei
sagarhana, bungkayangan, kabuluran, pantarana, parambahan, panyaluru, tajulayak, mangalakari, taungkayah, takaduhung

Jadual 1.8 dan 18(i) menunjukkan contoh perbandingan penggunaan bentuk kata tunggal dengan empat suku kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Brunei.

Sampai di sini dulu, kita sambung kemudian. Artikel ini dalam 20 muka surat. Jadi, saya akan kongsikan dalam tiga atau empat kali. Perkongsian ini akan berlarutan selagi dunia belum kiamat. InsyaAllah. 

Semoga kita terus menjadi pencinta dan penikmat ilmu. Salam hormat!

Saturday, November 19, 2011

Noorainie mencatat;

Aku terbaca sebuah buku dalam aku sibuk menyiapkan kerja-kerja kerjayaku empat atau lima hari sebelum sekolah ditutup dengan rasminya. Aku memang tak boleh hidup kalau tak membaca dalam sehari, apa-apalah asalkan membaca. Tetapi, ketika membelek-belek fail PROTIM, aku ternampak artikel ini, entah kenapa tiba-tiba muka suratnya terselak. Barangkali memudahkan mataku memandangnya. Aku tegakkan duduk dan mula membaca lantas meninggalkan fail untuk seketika. Aneh aku ni!

Memilih kawan yang tepat? Keningku rasanya bertembung antara satu sama lain. Kenapa perlu memilih kawan yang tepat? Kata abangku, dia pernah duduk serumah dengan penagih dadah tetapi dia tak ikut menagih dadah. Jadi, kenapa artikel ini? Soalku bertubi-tubi. Kehairanan. Sudahlahh kepalaku pening dengan pelbagai persoalan dan tugasan, ini pula memilih kawan. Mungkin artikel ini tak sesuai kubaca, aku fikir lagi. Ligat akalku memikir. Dalam memikir aku teruskan pembacaan.

Antara faktor sekeliling yang paling kuat pengaruhnya ialah orang yang paling kerap berurusan dengan kita sehari-harian. Jika kita sering bergaul dengan orang yang berfikiran negatif, ia akan menyebabkan kira ,menjadi gagal sepanjang hayat kita. (Wah! Hebat juga kata-kata Dr David Maclelland ini,fikirku). Mungkin ada benarnya. Itulah aku tak belum berjaya sepenuhnya! Itulah tak baiknya kalau tak positif, fikirku lagi. Failku benar-benar sudah kulepaskan.

Apabila dewasa kita perlu pandai memilih kawan seperti kata Zig Zaglar, 'Mana mungkin kita dapat terbang di udara bersama helang, sedangkan kita masih melata di bumi bersama ayam,'. Justeru kita perlu bergaul dengan orang yang positif dan berjaya dalam hidupnya. bersahabat dengan mereka yang mempunyai matlamat dalam hidupnya. Pada masa yang sama jangan bergaul dengan orang yang negatif, sering merungut dan sering mengkritik. Orang sedemikian hampir pasti, tidak berpeluang untuk berjaya! 

Kiranya hebat juga artikel yang baru aku baca tu, membuatkan kesibukanku berjaya kuhindarkan hampir sepuluh minit. Boleh tahan juga!

Kawan-kawan, selamat membaca. Harap dapat pengetahuan dari perkongsian ini.

Friday, November 11, 2011

Terkenang Sekolah; Sekolah Yang Hilang

Bismillahirahmaanirrahiim,

Semalam saya terkial-kial mencari 'sbpt' melalui facebook dan google. Aku pun terjumpa sebuah blog iaitu blog Achim entah Achim apa dan bertugas serta tinggal di Labuan. Tetapi yang menarik dan mengharukan ialah tajuk artikel yang ditulisnya, "Sekolah Yang Hilang," pasti dia menujukan hal itu mengenai sekolah Berasrama Penuh Tenom (SBPT) yang sudah hilang entah ke mana. Memang sedih. Hendak mencari sekolah saya yang hilang itu di mana kan? Pasti saya tak tahu di mana kecuali di dalam internet. Itupun facebook yang diwujudkan untuk SBPT kosong dan hanya ada logo sekolah. Terurailah jugalah sedikit kerinduan melihat logo sekolah itu. Rasa macam nak pergi sekolah tu semula dan belajar di sana serta bertemu dengan rakan-rakan sepersekolahan yang lucu, ceria dan kadang-kadang menangis kerana rindukan keluarga di kampung. Hmm, sedih dan harunya. Ingin sekali semua perasaan itu diulangi dan rakan-rakan itu ditemui. Tetapi di mana, samakah macam dulu kalau sudah lebih dua puluh tahun tidak bersua muka. Yang terbayang di wajah adalah Fauzianah, Marianah, Salmiah, Syamsul, Nina, Hamidah, Jasman, Noraindah, Ibrahim Bali, Jamal, Jita Saprah dan maaf ramai lagi tak bisa disebut namanya. Tetapi terkecuali dengan beberapa orang senior seperti Armani dan Awang Sarpuddin yang pernah terjumpa, itupun kami baru beberapa bulan belakangan ini jejak kasih, hehe..., rupanya kami bekas satu sekolah, sekolah yang hilang. Malu juga mahu mengaku sebab saya hanya jadi guru sekolah rendah cabuk sedangkan mereka sudah membina jenama dalam pekerjaan glamor dan bidang perniagaan. Saya ni siapalah kan! Siapa tak segan kan?

Penulis artikel itu adalah bekas pelajar SBPT tetapi senior dari saya. Saya pelajar sesi 1987 - 1989 di SBPT. Namun yang menggembirakan ialah hari ini 11.11.11 ialah apabila diumumkan di dalam blognya yang pertemuan dengan alumni SBPT akan diadakan di 1 Borneo Kota Kinabalu. Tempat pertemuan itu pula saya tanya dari Awang Sarpuddin yang kebetulan satu tempat kerja dengan orang kuat saya, hehe! Seronoknya nak jumpa dengan rakan-rakan sepersekolahan kan! Rakan-rakan dari sekolah yang hilang!

Namun, apa yang tak seronoknya ialah saya tak tahu siapa yang akan datang? Apakah rakan-rakan sekelas saya dahulu atau hanya 'school mates' saya sahaja? Gementar, berdebar dan segan-segan pun ada. Maklum, saya memang pemalu pada mulanya lama-lama jangan ceritalah! Macam orang bercinta pula kan, eh, tak patut pula!

Sampai setakat ni dulu, jumpa lagi. Saya nak sediakan pakaian apa yang nak dipakai pada malam ini. Maklum nak jumpa kawan-kawan yang sudah 20 lebih tahun tak jumpa dan kawan-kawan saya tu pula berasal dari sekolah yang telah hilang! Saya pun tak tahu bagaimana nak menghadapi keadaan ini. Pelbagai rasa bergolak di dada, haruskah saya terangkan satu persatu?

Baiklah kita sambung nanti. Jangan lupa tunggu artikel saya yang terbaru ya!