Saturday, December 25, 2010

Selamat Datang Ke Miri Swak


Memang begitu lah aksinya kalau masa kecil tak puas main buaian. Besar begin baru ada kesempatan itu  di Miri. 

Kali pertama naik kapal terbang pergi ke Miri Sarawak. Itulah ambil gambar tu. 

Selepas pemeriksaan imigresen di sinilah kami mengabadikan gambar sempena kali pertama
datang ke Miri Sarawak. Chayo, chayo!

Itulah Kak Ony Latifah kakak saya yang pergi ke Bintang Plaza ni semata-mata
nak beli stoking warna jingga! Memang mencabar akal!
Noraini Bt Osman Mencatat,

Hari ini 16.12.10 sampailah aku bersama 4 rakan2 ku yang di Miri Sarawak kira2 Jam 1032 pagi. Tiba di Lapangan Terbang Miri kami disambut oleh Sdr Poul Nanggang dan rakan2nya. Terima kasih banyak2 kepada orang2 Sarawak yang bersusah payah menymbut kami di sana. Kmi ni pertama kali bertandang ke Miri, Sarawak. Syukurlah kami sudah selamat. Kmi dihantar ke Kingwood Inn Hotel oleh Sudan seorang wartawan Miri.
      Setelah bersusah payah memilih aksesori yang dibawa Kak Ony Latifah, kami keluar makan ke Restoran Muara Founder by Lalapan, Sudan memberitahu restoran itu agak terkenal di Miri. Kmi pun ke sana. Memang agak istimewa suasana dan jenis2 makanannya. Saya memilih makanan yang tidak pernah kami makan. Lalapan Ikan Tenggiri dan air 3 asam. Wah, memang istimewa.
       Selepas makan kami merayau ke Imperial Mall, kononnya orang Brunei suka singgah di sana. Kami memilih2 apa yang patut. Sesudah penat di Imperial Mall yang berdekatan dengan tempat kami menginap, Kak Ony dan Kak Chah mahu lagi ke Parkson, dua kali meintas jalan besar. Saya dan Welnee ikut sahaja. Walaupun kaki sudah agak lenguh tetapi pergerakan harus dihayun juga sebab Kak Ony mahu mencari stoking warna jingga di sana. Aduh, gara2 sepasang stoking kami bergerak sebuah mall yang agak jauh lagi. Sabarlah kaki. Saya sempat membeli air kotak kerana haus di sana.
      Kerana sudah kepenatan, selepas bergambar di depan Parkson tu, selepas Kak Ony mendapat stoking jingganya kami pun pergi ke luar mencari teksi. Cina yang tidak pandai berbahasa Melayu itu mengecas kami RM10.00 tanpa ada less seringgit pun. Memang tragis! Tapi tempat kami menginap tu memang tidak jauh, hanya empat minit sahaja. Kami pun bayarlah.
      Sampai di KingWood Inn, kami terus mandi dan solat dan saya, Well dan Kak Ony janji tidak mahu keluar lagi, serik dicas oleh Cina yang datang entah dari mana, tidka tahu BM langsung. Dia hanya pandai sebut 10 linggit, tala kulang! Huh! Naya!

Sunday, December 19, 2010

Kinabalu Melambai Mesra

Noraini Bt Osman Mencatat;

Setelah beberapa hari berkampung di Telang Usan Hotel akhirnya pada hari ini 19 Dis 2010 tibalah masanya untuk sebuah perpisahan. Saya sempat merakamkan gambar dan bertanya khabar perwakilan dari Brunei, Indonesia, Kuching, Kuala Lumpur, Miri, Limbang dan Sabah sendiri. Alhamdulillah, pertemuan Dialog Teluk ke VII ini menyedarkan di mana saya berada. Diri saya ini sudah terlalu jauh ketinggalan. Orang lain sudah terbang ke angkasa tetapi saya baru dapat melihat yang saya ini berdiri rebah di tempat sendiri. Uh, kecilnya dunia saya selama ini. Rupanya saya masih berpusing-pusing di bawah tempurung dan katak sudah pun menjelajah dunia angkasa, memang tak sepatutnya berlaku. (Barangkali katak punn tertawakan saya ya?)

Benarlah kata Saudara Jong Chian Lai, kerja menulis adalah kerja yang sepatutnya dilakukan dengan komited dan harus berlaku selama 4 hingga 5 jam dalam sehari. Kalau penulis tidak berbuat demikian, tidak akan ada hasil yang terlihat. harus difikirkan hal itu dengan sedalam-dalamnya. 
Beberapa tahun duduk di dunia sendiri akhirnya pada 16 Dis 2010 saya hadir ke Dialog Teluk ke VII di Telang Usan Hotel Miri ini. Saya hadir semata-mata hendak melihat sejauh mana rancaknya dunia sastera dan perkembangan kawan-kawan penulis seangkatan. Uh, kemajuan mereka usah diceritakan, saya lah sebenarnya yang berguling-guling di dunia sendiri. Kecilnya cita-cita! Uh, besarnya cita-cita termaktub dalam Gendala, hanya saya yang tahu! Kenapa tunjang cita-cita itu patah tanpa ada daya penggoyahnya? Itulah yang harus saya tanyakan kepada diri sendiri!

Sekalung budi buat penganjur terutamanya kepada Poul Nanggang, Jaya Ramba, Mauren, Zaba'ei dan banyak lagi nama yang tidak dapat disebut. Malah sejuta kenangan telah tercipta di kota minyak, Miri itu.  Kak Chah, Welnee, Kak Onie Latifah Osman dan Dgku Mastura banyak membantu menghangatkan suasana dialog. 

Syukur, segalanya selesai dan saya sudah tiba di Kota Kinabalu. Andai kinabalu melambai, saya tidak dapat menolaknya, malah kemahuan hendak berada di dunia bayu itu sungguh meronta-ronta. Wajah anak-anak yang cute menerjah kerinduan ini. Sekian dulu kali ini.

Thursday, December 16, 2010

Seharian Di Miri

Noraini Bt Osman mencatat:
Kali pertama aku mendakap tubuhnya, aku terdiam, kaku dan banyak memerhati. Aku tidak peduli dengan suasana bising mencemari alam dengarku, aku hanya fokus kepada dirinya yang baru sahaja kutemui dan kudakap penuh bahagia. Sesungguhnya aku terasa sungguh bahagia kerana dengan izinNya aku langsung diketemukan dengan dirinya yang sungguh terasing di bumi kenyalang ini. Aku terkenang akan Gunung Sejnjang dan Gunung _____ yang sering bercakaran namun aku berada di sisimu tidak mungkin kan bercakaran begitu kerana kita sudah ditakdirkan bersatu di sini dengannya Miri. Kasih yang diberikan untukku terlalu mahal untuk aku membalasnya namun aku tahu Miri tidak perlukan balasan kasihnya sewaktu aku masih dalam pertembungan mengasihi dan mendakap tubuhnya.

Semoga esok kita akan berjumpa lagi dalam suasana cinta yang tidak ada taranya. Terima kasih kerna meminjamkan aku kasih sayang sewaktu tidak ada sesiapa mempedulikan aku di sisimu ini Miri.