Wednesday, February 9, 2011

Royalife REC-Pluz

Noraini Bt Osman mencatat;

Saat diperkenalkan dengan Royalife REZ-Pluz hati berteka-teki sama ada mahu mengambil tiga bungkus colagen ini atau tidak. Menurut rakan, ia adalah formula yang dirumus khas daripada colagen makanan tambahan istimewa untuk sendi-sendi dan tulang di dalam badan. Ia mampu membantu orang dewasa dan kanak-kanak menambah daya ingatan mereka. Para atlet boleh menggunakan Royalife REZ-Pluz untuk membina sendi, otot dan tulang yang lebih kuat. Ia sesuai membaiki kekenyalan dan tona kulit serta mengurangkan kedutan bagi mereka yang sudah berusia.

Kenapa Colagen Penting Kepada Badan Kita?


1. Colagen ialah protein yang banyak terdapat di dalam tubuh kita iaitu 80% kandungan protein dalam badan
    kita. Jadi, colagen memberikan sokongan struktur dari segi kekuatan tensil dan kekenyalan tulang, sendi
    rawan, tendon, ligamen, otot-otot, bulu roma, kuku, salur darah dan organ-organ utama dalam badan.

2. Kekurangan atau penyusutan colagen dalam badan akan semakin merosot seawal usia 20-an, kemudian ia
    akan semakin merosot 0.5 -1% setiap tahun mulai usia 30-an dan seterusnya terus merosot ketika usia 50-
    an.
3. Penghasilan protein pula melalui proses biosintesis, penghasilan colagen memerlukan bahan-bahan untuk
    pembinaannya, faktor-faktor tumbesaran dan bahan mineral. Jadi, REC-Pluz mempengaruhi penghasilan
    colagen dan membekalkan bahan-bahan pembinaan tersebut.

Kenapa Colagen Royalife REC-Pluz Berkesan Kepada Badan?

1. Colagen Hidrolisat dengan saiz molekular purata 3000 Dalton terbukti mempunyai kebolehan untuk
    menyerap dengan baik dan dapat ditemui dengan kepekatan yang tinggi di tisu-tisu sendi. REC-Pluz
    mengandungi 10 gram Colagen Hidrolisat di dalam setiap bungkus, seperti yang dinasihatkan.



Perhatian:

Royalife REC-Pluz selamat diambil bersama-sama ubat-ubat preskripsi doktor.

Jadi, itulah antara kelebihan kenapa kita harus mengambil colagen REC-Puz sebagai makanan kesihatan tambahan. Terima kasih kerana sudi mengamati.

Friday, February 4, 2011

Al-Kisah Tanah Bersambung Lagi

Noraini Bt Osman Mencatat Lagi,

Kisah tanah waris bersambung lagi. Ada lah seorang hamba Allah yang tak sedar diri tu tiba-tiba nak menumpang hak ke atas atanah waris tu. Dia mahu satu bahagian daripada empat bahagian dari hasil penjualan tanah itu. Wah, bukan main lagi datang sudah tamaknya ke atas tanah itu. Saya memang tidak menyangka akan kedatangan tamaknya yang sudah disangka dari awal itu. Kononnya dia yang banyak mengurus tanah dan geran tanah itu. Sepatutnya dia tidak ada hak nak campur tangan nak mengurus tanah dan gerannya itu. Sepatutnya dia bincangkan bersama ahli-ahli waris yang berhak. Salah seorang waris yang bertanggungjawab telah menjual dan mengurus geran tanah itu kononnya pula telah menyimpan wang di dalam banknya sendiri. Rupanya dia mahu makan sendiri wang hasil penjualan itu. Kononnya dia yang bertanggungjawab mengurus gerannya. Wah, memang banyak sudah hebatnya pendapatnya itu.

Ingat, itu tanah waris dari orang yang sudah meninggal dunia. Satu sen yang dimakannya tanpa rela dari salah seorang ahli yang berhak, dia tidak akan mendapat selamat dan berkat. Banyak bala menunggu di depan dan keturunannya seluruhnya. Di dunia dia boleh menipu, tetapi di depan Tuhan, jangan nak memandai. Itu sahaja yang mereka yang telah keluar tamak mereka. Itu sahaja. Ingat Hukum Tuhan. Di dunia senang nak menipu tetap di depan Tuhan, jangan harap!

Keputusan itu kalau diterima pakai, salah seorang warisnya akan membawa hal ini ke mahkamah syariah. Si penjual yang mahu makan sendiri itu khabarnya sudah menghabiskan wang tersebut. Kita bertemu di mahkahah syariah setelah mereka bersidang nanti. Tunggu di sana ya!

Tuesday, February 1, 2011

Novel Second Hand Murah Murah!

Noraini Bt Osman mencatat:

Ada sesiapa yang hendak membeli novel-novel second hand terbitan Alaf21 dengan harga murah-murah? Jika ada bolehlah menghubungi saya. Novel-novel itu murah-murah sahaja. Jika berminat hendak membeli bolehlah melayari blog http://imanshoppeonline.blogspot.com dan pm saya ya. Tidak rugi membeli.
Noraini Bt Osman mencatat:


PETUA KEJAYAAN 
Jika anda ingin berjaya, pastikan 10 perkara berikut :




  1. Beri peluang
  2. kepada diri untuk mencuba Mencuba dengan kesungguhan 
  3. Kesungguhan disertai dengan kesabaran 
  4. Kesabaran dalam menghadapi dugaan dan cabaran 
  5. Cabaran dalam menempuh kegagalan 
  6. Kegagalan adalah permainan orang berjaya 
  7. Berjaya bererti membuat kepututsan yang bijak 
  8. Bijak bererti tidak melepaskan peluang 
  9. Peluang tidak memerlukan banyak masa untuk berfikir 
  10. Berfikirlah segera - orang yang lambat bertindak, orang lain akan mengambil peluang tersebut. 

Hidup Sihat Dengan Acai Berri

Noraini Bt Osman mencatat;

Acai berri dan nutrisi dalam 18 jenis buah-buahan lain dalam buah-buahan semula jadi adalah pemberian dari Amazon. Rahsia di mana Amazon telah kumpul dan botolkan untuk kesihatan kita semua adalah kuasa anti-oksida yang sangat tinggi. ia dibotolkan dan dinamakan minuman "Monavie". Inilah minuman kesihatan yang patut kita minum dua kali sehari iaitu untuk pagi dan petang. monavie Active dan Monavie Active Gel adalah selamat, semula jadi, berkesan dan alternatif tambahan.
Antara bahan berguna yang dijumpai dalam Monavie ialah:
        1. Asid Lemak Cetyalated iaitu campuran bahan asid lemak yang ditunjukkan bagi membentuk fungsi dan mengurangkan kesakitan yang dialami oleh orang dalam menangani ketidakselesaan dari penyakit artritis. Asid lemak Cetyalated mengimbangi lemak dan menambah reaksi bengkak yang bekerjasama dengan agen anti-bengkat. Ia juga tidak ada kesan sampingan.
       2. Glucosamine juga dihasilkan dalam badan dan boleh didapati sebagai bahan semula jadi yang diabstrak dari karbohidrat kulit "crutacean". Ia menolong mengekalkan cairan dalam sendi, menghasilkan fleksibiliti, kadar pergerakan dalam sendi yang berfungsi untuk memberi kesan pembinaan semulajadi bagi kesihatan rawan.

Kajian yang didapati dari Makmal Universiti Florida mendapati acai berri Brazil dapat memusnahkan sel-sel kanser dalam badan manusia dan merangsangkan tindakbalas pemusnahan diri sehingga 86% sel-sel darah putih (leukemia)