Tuesday, December 7, 2010

40 hari Menjelangnya Hari Pemergian Ibu Mertua Ke Kampung Abadi

 Noraini Osman Kembali Mencatat

Baru hari ini saya bermaksud menulis di blog saya ini. Itupun paswodnya saya jumpa dari sebuah dairy saya hampir hilang. Rasa terkejut saya masih sarat dalam minda, jiwa dan seluruh tubuh saya ini. Pemergian ibu mertua ke kampung abadi terlalu cepat saya rasa. Ketika saya melawat dia sakit di hospital; sewaktu dia sedar dan sudah koma saya masih menaruh sepenuh harapan yang ibu mertua itu akan sembuh sepenuhnya dalam sedikit hari. Sewaktu dia masih sedar dan memandang saya tanpa  perasaan itu, dia masih sempat meminta novel saya. (Aduh, Noraini Osman sudah lama tidak mengedit novel apalagi menyiapkan novel dan menghantarnya ke mana-mana. Sungguh besar pukulan kepada diri seorang Noraini Osman ketika itu! harap-harap selepas ini Noraini Osman memupuk semangat bertatih mengutip kembali novel yang terkurung di dalam pendrive dan menjalankan amanah Allah yang disandarkan dia atas pundak Noraini Osman, ya kan? InsyaAllah) Itulah doa saya saban masa saya melawatnya di sana tempohari. Saya masih berharap dia akan sembuh sepenuhnya macam dulu. Hari Ahad 31.10.10 saya balik ke Kota Kinabalu semula. Kerja2 yang saya tinggalkan kadangkala mengusutkan hati saya walaupun saya mengambil cuti CRK di kampungnya itu. ENtah kenapa ada sesuatu yang sarat dalam diri tika itu. Akhirnya Ahad itu saya balik juga bersama anak dan suami. (Maafkan saya)
      Setelah tiba di Kundasang, kami menerima berita yang ibu mertua sudah berangkat ke kampung abadi, Saya terdiam. Antara bimbang, resah, serba salah kerna meninggalkan sekolah lantaran kerja yang masih banyak di sekolah dan urusan keluarga di sisi ibu mertua. Sepanjang jalan saya tidak bersuara. Sepanjang jalan saya hanya berzikir dan memujuk diri. Semoga kembali ibu mertua kke kampung abadi akan lebih dirahmati di sisi Allah.
        Setelah sepuluh hari kembali ibu mertua saya ke kampung abadi, barulah saya mampu mengalirkan air mata. Air mata kesedihan. Air mata mengenang seorang wanita yang mengajar saya makna hidup yang lebih besar dan bermakna. Kalau mahu dikongsi di sini banyak sekali. Selebihnya, saya tidak mengerti air mata apa yang mengalir berjurut2 dari kolam mata saya. Ketika itu saya kembali ke kampung saya di Kuala Penyu. Entah kenapa saya tiba-tiba menangisi teresak2 tanpa diketahui sesiapa termasuk suami saya di sisi sedang memandu. Perasaan saya bercampur baur juga, mengenang ayah yang sudah tiba di kampung abadinya, arwah mak cik saya( kakak kepada arwah ayah) dan kini ibu mertua. Dan, senyuman yang terukir kadang-kadang tidak menggambarkan apa yang ada tercermin di hati. Semoga mereka semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.
      Namun, yang pasti saya reda akan keberangkatan ibu mertua ke kampung abadinya. Semoga rohnya di tempatkan bersama golongan yang beriman dan diberi rahmat agung dari Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia.

      4o hari bakal menjelangnya pemergian ibu mertua ke kampung abadinya, saya pun turut berangkat ke Semporna untuk turut mengenang kembali pemergiannya dengan doa dan harapan, arwah diberkati hayatnya.40 hari saya datang ke tapak rumahnya dengan beberapa novel yang sudah menanti hendak disiapkan sepenuhnya. Beberapa novel kanak-kanak sudah dihantar ke DBP dan akan dihantar ke penerbit yang lain. Pemergian ibu mertua menyuntik semangat roh novel dari dalam simpanannya. Semuanya ada rahsia dari Ilahi. Alfatihah untuk ibu mertua, arwah ayahanda dan arwah mak cik Saadiah. Amin

Wednesday, September 22, 2010

Keberangkatan Yang Abadi

Noraini Osman

12 September 2010 bersamaan 5 Syawal, mak cik Saadiah telah kembali ke rahmatullah. Dia adalah kakak arwah ayah dan satu-satunya adik beradik arwah ayah yang masih hidup. Al fatihah. Saya memang cukup terharu dengan pemergiannya itu. Sudah sebulan dia sakit tenat dan saya sudah melawatnya pada bulan Ramadhan yang lalu.

Arwah mak cik Saadiah memang seorang yang penyayang dan baik hati. Saya terkenang akan kenangan sewaktu kecil-kecil kami dahulu. Kalau ada adik-adik saya yang belum balik ke rumah, dia pun turut ke sana ke sini mencari ke mana perginya adik saya itu. Pernah suatu hari adik saya Hafifi lewat balik ke rumah. Dia cukup susah hati dengan kelewatan adik saya bermain dengan kawan-kawannya.

Begitulah arwah mak cik Saadiah yang kami sayangi. Dia pergi ke rahmatullah ketika kami semua masih memerlukannya di dunia ini. Hanya iringan doa dan semoga Allah merahmati arwah mak cik Saadiah. Sesungguhnya keberangkatan ke dunia abadi sungguh menyayat hati.

Monday, September 13, 2010

Menulis...menulis...menulis....Noraini Osman

Blog Noraini Osman

Hi Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak menulis mengenai sastera dan penulisan saya sendiri di blog saya ni. Saya pun tak tahu kenapa. Nak kata tak ada masa, ada juga masa tu. Mungkin fokus yang sudah kurang. ENtahlah...
Malam ni saya pindahkan post-post yang pernah saya buat dalam blog saya yang terdahulu,www.penulis-noorainieothman.blogspot.com kerana saya dah tak ingat paswod untuk buat post baru di laman tersebut. Maaflah yang kawan2.
Saya nak kembali menulis, his macam, kembali sebutir mutiara pula kan. Ya macam tu lah kali ni. Menulis adalah kegiatan yang akan saya lakukan sepanjang hayat yang bersisa ini kalau boleh, sama ada untuk bahasa Melayu atau BI. Abang Jasni Matlani baru sahaja menanya kenapa saya tak tulis-tulis lagi. Tulis juga tapi untuk diri sendiri. Saya jawab. Insyaallah, Noraini Osman akan terus mekar menulis di lamannya ini. Novel yang sedang saya usahakan adalah novel kanak2 yang tak pandai siap, Dunia Hakimi. Insyaallah akan saya siapkan akhir tahun ini.

Sebenarnya saya pun rindu dengan rakan2 penulis yang sudah lama tak jumpa. Mabul, Abang Jasni Matlani, Kak Sarah, Ruhaini, Abang Naddin Shaiddin, kakak Onie ku dan ramai lagi. Hi lupa pula nak kasi tahu, Tahniah kepada abang Hasyuda Abadi dan Kak Sarah Jais kerana telah berkahwin dalam bulan Julai yang lalu tak salah saya. Tahniah! Sebuah gandingan yang mantap!
Kalau berminat sertai saya dalam facebook- Noraini Bt Osman.

Ok jumpa lagi di lain kali.

Majlis Penyampaian Hadiah Cerpen Sedco-Bahasa

 
Blog Noraini Osman
Assalamualaikum,

Hari ini 2 Disember 2009, telah mencatat sejarah dalam catatan peribadi saya sebagai penulis yang sudah lama tidak menulis, sama ada novel, cerpen mahupun sajak. Semalam Abang Jasni Matlani menelefon dan memaklumkan mengenai jemputan ke majlis penyampaian hadiah Cerpen Sedco-Bahasa negeri Sabah. Abang Jasni memberitahu kekesalannya kerana saya tidak menghantar sebuah cerpen pun pada pertengahan tahun 2009 kalau tidak silap saya! Saya minta maaf. Memang sudah lama saya tidak menulis. Hari ini baru saya melakarkan sesuatu di dalam blog ini itupun setelah terbaca blog seorang kawan bernama Sdr Abd.Naddin Shaiddin. Saya terpegun dengan keindahan susunan kata-kata di dalam post2 yang telah dibuatnya. Oh, berkenaan dengan jemputan abang Jasni itu, beliau sudah mengesahkan kehadiran saya ke majlis tersebut walaupun saya belum setuju untuk hadir lagi ke majlis itu. Saya belum memaklumkan kepada suami saya. Tetapi, saya berusaha hendak hadir juga ke majlis itu walaupun agak sukar. Majlis itu diadakan di Bangunan Sedco, Wawasan Plaza KK tingkat 3 pada jam 10.00 pagi.

Ya, tadi jam 10.40 pagi baru saya teringat akan majlis itu. Saya pun menelefon Sdr MabulMaddin. Dia memberitahu yang majlis itu belum bermula. YB yang akan merasmikan belum tiba lagi. Maka, saya pun meminta suami saya yang sedang bekerja menghantar saya ke tempat itu. Alhamdulillah, sampai juga saya ke sana dan ia benar-benar mencatat sejarah buat saya setelah lama tidak bertemu dengan rakan-rakan penulis selama hampir setahun ini.

Ketika saya tiba, saya ternampak kak Onie Latifah Osman(kakak saya), kemudian Sdr Abd naddin, En. Naddin, En Japar Ongki, Kak Nelawati, kak Asmiah, En. Cliff, Kak Kasima dan ramai lagi kenalan dari DBP cawangan Sabah. Oh, rupanya majlis sudah hampir usai. Saya hanya ke sana untuk makan tengahari sahaja. Malu pula saya. Lagipun lama tidak muncul di kalangan rakan-rakan penulis menyebabkan saya berasa segan dan bersalah pula. Mungkin lama saya tidak menulis dan menghantar karya saya ke mana-mana.

Selepas makan, baru saya berjumpa dengan Sdr MabulMaddin. Semasa dan selepas makan itu sempat saya berbual-bual dengan Sdr Naddin Shaiddin, Kak Robiah, kak Sarah dan Ruhaini Mad Derin. Ruhaini khabarnya sudah menerbitkan novel sendiri di samping menghantar karya ke PTS. (Tahniah.

Senarai nama-nama pemenang untuk cerpen anjuran Sedco-bahasa ini pula menggabungkan penulis baru dan yang sedia ada. Syukurlah kalau ramai lagi penulis baru yang berbakat dan berwibawa muncul di negeri di Bawah Bayu ini. Mereka adalah penulis pelapis yang akan menyambung lagi semangat dan usaha penulis2 mapan dan sedia ada. Teruslah menulis yang hebat2, berkualiti dan laris di pasaran, harapan saya. Berikut adalah senarai para pemenang menulis cerpen, iaitu;

Pemenang Pertama: Kulintangan - Dayangku Mastura Panggiran Ismail
Pemenang Kedua : Ayah - Anggela Engkuan
Pemenang Ketiga : Visi Sophia - Dayangku Mastura Panggiran Ismail

Pemenang Saguhati : Rahsia Hati-Welnee Joykin, Sogit-Katrina Tati, sebatang pen
bersalut emas- Faridah Abd. hamid
Tahniah kepada semua pemenang sekali lagi. Tahniah juga diucapkan kepada penyelenggara buku Visi Sophia yang telah bertungkus lumus menyiapkan penerbitan buku tersebut. Mereka ialah Abg Jasni Matlani, Ramlie A.R, Ailin Nor, Noordin Zainal Abidin dan Ruhaini Matdarin. Buku itu menghimpunkan semua karya yang mencapai tahap kualiti untuk diterbitkan, kata penyelenggara. Buku itu dijual pada harga RM20.00. Sesiapa yang berminat dengan buku Visi Sophia itu bolehlah menghubungi abang Jasni Matlani.
Sekian dulu untuk kali ini. Kita jumpa di lain catatan pula.

Kembali Sebutir Mutiara

Blog Noraini Osman
Assalamualaikum,

Semalam, saya membina blog sejak jam 11 malam hingga jam 3.50pagi. Tekad sungguh saya hendak membina laman blog ini. Agak lama juga memikirkan tajuk. Hari ini saya tukar lagi tajuknya, berdasarkan karya saya, Kembali Sebutir Mutiara. Ya, macam saya yang kembali lah ke arena penulisan yang penuh rencamnya dan banyak gaulan kehebatannya. Malah, saya secara peribadi juga ingin merakamkan kehadiran blog ini untuk tatapan keluarga, rakan-rakan penulis dan rakan-rakan saya mengajar. Orang pertama yang saya beritahu pastinya adik saya, Norainah dan suami saya Ben Hj Aring. Pasti ia bukan satu kejutan tapi bagi rakan-rakan yang dekat dan menyokong saya menganggap kehadiran blog ini adalah hadiah terindah buat rakan-rakan semua. Kepada rakan-rakan guru yang selalu meminta nama mereka disebut iaitu Kak Yaw yang periang dan ceria, Kak Fizah, anak seorang penulis mapan Sabah, Beatrice Johnny yang begitu gembira jika namanya dimasukkan ke dalam karya saya, Fatimah Laaria yang sudah berpindah ke SK. Agnes Kota Kinabalu, Fauziah Said yang begitu menyokong saya, tak lupa Richard, Dayang Lamiah yang selalu ingin membaca karya saya yang terbaru, Nelly yang ingin menjadi editor awal kepada karya2 saya. Terima kasih atas sokongan kalian.

Pasti suatu penghargaan yang bukan sedikit nilainya. Sdr Abd Naddin Shaiddin dan Sdr Ruhaini Mat Derin dan Hainon Abu Bakar, ipar saya di Tawau yang sudah pun menjadi followers. Terima kasih. Tidak ternilai rasa terima kasih saya kepada kalian. Saya baru sahaja memberitahu mereka petang tadi. Mereka sungguh cepat memberikan tindakan yang positif. Terima kasih.

Bagi diri saya sendiri, laman blog menjadi tatapan umum kita semua malah dapatlah kita berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan di dalamnya.

Hari ini juga saya sudah mula menulis novel kanak-kanak yang sewajarnya saya siapkan dalam beberapa minggu lagi sebelum habis musim cuti sekolah. Itulah tekad saya sejak awal. Tetapi minggu ketiga bercuti baru saya bermula. Aduh, mahalnya harga permulaan buat Noraini Osman. Tajuk awal: Dunia Hakimi. Ia mengisahkan seorang budak yang suka meneroka kehidupan lain setelah habis masa persekolahannya. Saya buat dululah, nanti saya cerita lagi ya. Kalau berminat terus beli ya. Hehe!

Sekian dulu malam ini. Saya nak menemui novel saya pula yang sedang menunggu saya sekian jam.