Noraini Bt Osman @ Noorainie telah menulis beberapa buah novel Melayu iaitu; Keringatmu Yang Mengalir (2001), Gendala (2003), Impian Nabila (2004), Kembali Sebutir Mutiara (2008), Perjalanan Maisharah (2008) Menemui Mantarissa (2009), Saiful Muluk dan Badrul Muluk (2010)
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Ilmu. Show all posts
Wednesday, July 18, 2012
Sukan Sekolah
Sibuk dengan aktiviti sekolah yang tidak pernah habis sejak akhir-akhir ini. Sudah dua hari kami sibuk melatih anak-anak bangsa bagi menyertai acara-acara padang dan balapan. Persediaan pakaian murid yang menyertai perbarisan dan makanan peserta-peserta tidak kurang juga pentingnya. Acara padang akan berlangsung pada 17 Julai 2012 dan acara balapan akan berlangsung pada keesokan harinya. Hari Sabtu bersamaan pada 14 Julai 2012 akan berlangsung Sukantara iaitu bagi mengutip mata kepada rumah-rumah sukan yang terlibat. Mudah-mudahan kemenangan di tangan anak-anak murid yang sentiasa menginginkan kemenangan. InsyaAllah.
Hari ini berlangsungnya Sukantara. Semua murid dari Rumah sukan Sapphire yang telah dipilih mewakili rumah untuk Sukantara telah pun hadir. Tahniah. Malah, sekali lagi diberitakan rumah Sukan Sapphire telah memungut mata terbanyak dalam SUkantara tersebut. Sekali lagi syukur alhamdulillah kurangkumkan kepada Allah atas kuniaanNya kepada rumah sukan Sapphire. Sekali lagi juga tahniah kepada semua murid dan guru yang bertungkus lumus memikirkan kemenangan. Tanpa usaha kalian semua, siapalah Ketua Pasukan dan Rumah Sukan Sapphire. Moga-moga murid-murid terus berjaya memungut kemenangan dalam sukan sekolah nanti pada 18.7.12 (Rabu) ini.
Janganlah kita kata-mengata sesama kita di rumah yang sama, malah saling bantu-membantu lah kita sesama rumah sukan untuk kebaikan bersama. Apatah lagi mengata guru di depan murid, perkara yang sungguh melanggar etika seorang guru. Hendaknya guru yang telah mengata-ngata guru sesama rumah sukan itu bertaubat kepada Allah SWT. Siapalah saya hendak menasihati, hanya hamba Allah yang hina dan naif. Apatah lagi, saya ini lidut dalam melakukan sesuatu di sekolah itu...
Terima kasih juga atas kerjasama semua murid dan guru-guru. Semoga ganjaran Allah jua sebaik-baik jalan kemenangan. Saya sebagai hamba ini hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT, moga rahmat Allah tidak pernah putus hendaknya untuk saya yang dhaif ini.
Friday, July 13, 2012
Pertemuan di Sebuah Cafe di Sebuah Ibu Kota
Saya begitu teruja. Kata kawan saya, ada pelajar atau mahasiswa-mahasiswa dari Institut Perguruan Tawau Sabah hendak berjumpa dengan para penulis di Kota Kinabalu, termasuklah dalam senarai saya, Noraini Osman, penulis novel remaja dan kanak-kanak sebenarnya ada menghasilkan novel remaja dan kanak-kanak. Jadi, nama saya termasuklah dalam senarai yang dicari. Syukur alhamdulillah. Malangnya,kawan saya memberitakan itu ketika saya sedang menghadiri sebuah majlis perjumpaan mualaf2 Sabah di Tamparuli dan saya mendeklemasikan puisi Islam di situ. Jadi, saya tak sempatlah menunjukkan novel-novel saya kepada mereka (Mahasiswa2 itu). Para mahasiswa itu berjumlah lebih kurang 10-15 orang ramainya. Kami berbual-buallah mengenai novel-novel saya dan adakalanya saya mendiamkan diri kerana tanpa karya saya tak tahu nak cakap apa kan? Jadi, kawan saya, Kak Siti Rahmah G. Ibrahim yang banyak ditanya sebab dia membawa sekumpulan novel-novelnya untuk dibincangkan pada petang itu. Sesekali saya menyampuk dan Kak Ramlah. Perjumpaan kami itu berlangsung di Cafe Petagas 2 lebih kurang jam 2.00 petang hingga 4.00 petang pada hari Sabtu 7.7.12 yang lalu. Gembiranya hati kerana menjadi insan terpilih bercakap mengenai karya pada petang yang mulia dan penuh berkah itu.
| Di kedai inilah kami berbincang mengenai karya kami. |
Namun apa yang sangat menjadi ingatan pahit dan berasakan diri sungguh malang, biarpun bukan sebuah kerugian apabila tempat kami berbual dan minum serta makan tengahari itu, tempat duduk kami itu didenda sebanyak RM20.00 tidak termasuk makan dan minum. Sungguh terkejut rasa hati ini. Semua kami terkejut! Bukan kerana berasa RM20.00 sungguh mahal, tetapi sungguh hairan, kenapa sebuah ruang tempat kami bercakap mengenai karya dan berbual-bual sambil makan itu didenda pula? Kenapa? Bukankah kalau pelanggan datang ke kedai, itu rezeki namanya? Kenapa harus didenda pula?
Oleh kerana kawan2 tidak puas hati, kami pun bertanya kenapa kami harus didenda sebanyak RM20.00 itu sedangkan kami semua makan, minum dan bukannya bercakap2 kosong di situ. Perempuan yang juga tuan punya kedai itu begitu marah dan memberikan alasan kedai penuh sehingga pengunjung lain tak dapat masuk. Benarkah begitu? Bukankah kalau pelanggan dilayan dengan baik, akan ramai lagi pelanggan yang masuk dan banyak lagi wang masuk ke dalam kocek kedai? Sebaliknya apa yang berlaku? Oh, sungguh sedih sekali!
Subscribe to:
Posts (Atom)