Tuesday, June 19, 2012

Sesekali


...hmm, sesekali aku ingin melepaskan lelah
di dasar cinta agungmu
...sesekali aku ingin melepaskan resah
di dada kasih yang bertaut rindu
...sesekali aku ingin melepaskan julat pedih
di dada tenang milikmu selamanya
biarkan aku sentiasa mengukir makna cinta
dari rentaan tinta dua jiwa ini. 


Jangan sesekali kaulepaskan 
sekerat keluhan amarahmu
pimpinlah tangan kelemahanku 
ke mercu penyatuan. 


Bilik Amerthyst, Kota Kinabalu.
19.6.12 4.30pm

Monday, June 18, 2012


Rindu 3

Tatkala gelora di dada menderu, kuseru namamu.

Mesyuarat


Mesyuarat


Mesyuarat staf. aku duduk diam-diam. aku payah buka mulut. bukan bidangku untuk bersuara. kalau bersuara takut tak tertelaah bicara. 


Noraini Bt Osman

Sunday, June 17, 2012

Diri



Duhai diri,
jangan tewas dek helaan pinta nafsu
walau sekerdip matapun atau setarikan nafas pun
ia bakal menyumbang tumbang dalam diri ini.

Kota Kinabalu/18.6.12

Tanpa 2


Tanpa sesal
aku pilih negara berdaulat itu 
dalam misi menjejaki salasilah nenek moyang 
yang belum pernah dikenali di situ, 
moga misi ini mendapat keberkatan Ilahi. 

Brunei-Kota Kinabalu-Lawas