Thursday, July 7, 2011

Waktu-Waktu Ijabah

Noraini Bt Osman mencatat;
Bulan Rejab bulan Allah yang mulia sudah beberapa hari meninggalkan kita. Kini kita sudah berada di dalam bulan Syaaban yang diberkati Allah. Jadi, pada bulan yang mulia dan berkati ini marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk membanyakkan lagi ibadah kita di samping mengetahui waktu-waktu yang sangat mustajab untuk berdoa, InsyaAllah. 
Waktu-waktu ijabah ialah waktu-waktu yang paling mustajab untuk berdoa iaitu waktu yang dikabulkan atau diperkenankan kalau kita berdoa. Oleh itu, hendaklah kita merebut waktu-waktu yang sangat baik untuk berdoa ini. Jangan kita melengah-lengahkan waktu yang terbaik ini. Saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat. Semoga kita termasuk bersama orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk dan diberikan ilmu yang bermanfaat. Waktu-waktu itu ialah;
            1/ Antara azan dan iqamah
            2/ Hari Arafah
            3/ Malam Jumaat
            4/ Hari Jumaat
            5/ Waktu terakhir Hari Jumaat
            6/ Doa orang yang teraniaya sehingga mendapat pertolongan
            7/ Sesudah azan
            8/ Menjelang waktu berbuka puasa
            9/ Malam lailatul qadar
            10/ Bulan ramadhan
            11/ Setelah solat fardhu
            12/ Pada majlis zikir
            13/ Doa seseorang Islam untuk saudaranya sesama Islam, sewaktu tidak didekatnya.
            14/ Orang yang mengerjakan umrah atau haji
            15/ Doa orang sakit sehingga ia sembuh
            16/ Doa pejuang hingga pulang.

Jadi, janganlah kita mensesia-siakan waktu tersebut. Ingatlah kita betapa doa ialah senjata utama umat Islam. Allah SWT sentiasa mendengar dan memperkenankan doa orang yang mengangkat tangan kerana mengingatiNya.
Sekian dulu untuk kali ini. Semoga banyak lagi ilmu bermanfaat yang boleh kita kongsikan bersama. InsyaAllah 

Cerita Mengenai Selawat



Noraini Bt Osman mencatat;


Pada suatu malam, selepas solat Isyak, dan saya berkira-kira hendak tidur tetapi sebelum tidur saya berniat hendak membaca al-Quran. Tetapi saya membatalkan hasrat itu. Saya mengambil tasbih dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak-banyaknya sehingga saya terlelap. Tidak lama kemudian, saya tersedar sesuatu yang tidak enak di luar rumah tetapi saya tidak berani melihat ke luar rumah. Saya agak ketakutan. Kebetulan suami tidak ada kerana bermesyuarat di  Kedah. Saya pun meneruskan zikir saya dengan membaca selawat dan membaca surah ad-Dhuha sebanyak-banyaknya. Kedengaran anjing menyalak dengan kuatnya. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku.Tidak lama, saya terlihat lampu menyuluh dengan terang di kawasan rumah. Saya melihat apakah cahaya itu dari tingkap. Saya lihat sebuah kereta peronda polis sudah berada di luar rumah. Saya pun bertanya apakah yang telah berlaku. Rupanya jiran saya yang telah menelefon polis kerana disyaki ada pencuri yang hendak menceroboh kawasan rumah kami. Syukur Alhamdulillah, kami diselamatkan oleh Allah SWT. Tidak lama polis itu pun bergerak dari kawasan rumah kami. Saya sempat mengucapkan terima kasih atas kecekapan mereka.
Oleh itu, saya ingin membawa pembacaan kita kali ini untuk melihat apakah kebaikan atau kelebihan selawat kepada Nabi Muhammad SAW itu. Antara kelebihannya ialah;

Anak Anugerah Ilahi Paling Bermakna


Noraini Bt Osman mencatat setelah sekian lama menyepikan diri. 

Nasib baik paswod tak hilang, kalau hilang, jadi arwah lah blog saya nampaknya. 

Anak Anugerah Ilahi Paling Bermakna


Ada sepasang suami isteri yang datang bersama rombongan kami Umrah pada 24 Mei 2011 hingga 6 Jun 2011 itu belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Mereka datang semata-mata hendak memohon zuriat atau anak. Sudah hamper lima tahun mereka berkahwin tetapi belum ada tanda-tanda akan mengandung. Saya teringatkan akan kawan saya di Kota Singapura iaitu Norlela dan suaminya. Dia sudah kahwin selama lapan tahun. Mereka juga sentiasa kepingin menimang cahayamata. Tetapi pada bulan Mac yang lalu kawan saya memberitakan di Facebook yang dia sudah mabuk-mabuk dan muntah-muntah. Baru dia merasa bagaimana sukarnya hendak menjadi ibu. Tahulah saya yang beliau sudah mengandung. Syukur Alhamdulillah. Penantiannya selama lapan tahun sudah membuahkan hasil. Memang sungguh ajaib kuasa Allah. Kawan baik saya juga mendapat anak setelah lebih sepuluh tahun berkahwin. Pasangan yang sudah lama berkahwin jangan putus asa, sentiasalah berdoa agar dikurniakan cahaya mata.
            Berbalik kepada pasangan yang datang bersama-sama saya itu, mereka juga masih terus berusaha untuk mendapatkan anugerah yang paling bermakna sepanjang hidup berpasangan iaitu cahaya mata. Ada seorang ustaz yang menjadi mutawiff sepanjang perjalanan ziarah Madinah-Mekah itu. Beliau berkata, Allah menurunkan ujian kepada pasangan-pasangan yang belum dikurniakan zuriat itu kerana kurangnya memberi sedekah atau kedekut, kikir dan bakhil dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Lalu Allah memberikan cubaan dengan tidak dikurniakan anugerah yang paling bermakna itu. Jadi, kata ustaz itu, banyak-banyaklah bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan. Moga-moga dengan ringannya hati dan tangan memberi sedekah, Allah SWT akan memperkenankan permohonan pasangan itu.
            Maka, bermulalah era sedekah pasangan tersebut tadi. Setiap kali selepas solat atau tawaf di masjidil haram, mereka akan bersedekah kepada pekerja yang bekerja di dihadapan kaabah itu sambil meminta mereka didoakan agar dikurniakan cahaya mata. Saya sungguh terharu dengan kesungguhan mereka hendak mendapatkan anak. Sanggup meredah kota Mekah beribu-ribu kilometer dari Kota Kinabalu untuk ke sana semata-mata membawa hajat yang paling besar iaitu dikurniakan anak. Ada pula pasangan pada hari ini sanggup membuang anak di merata-rata tempat. Tetapi ada pula pasangan yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk mendapatkan anak. Memang sungguh ajaib kehidupan ini kalau kita nilaikan. Tetapi itulah hakikatnya.
Terkenang pula saya semasa baru kahwin dahulu. Saya dan suami tidak sempat berdoa untuk mendapat anak.  Tidak lama selepas kahwin, saya mengandung dan Alhamdulillah rezeki saya murah dikurniakan harta yang paling bernilai dalam hidup berumahtangga ini iaitu anak. Ini kerana suami saya memang seorang yang sangat pemurah kalau bahagian bersedekah kepada saudaranya yang memerlukan. Syukur Alhamdulillah.
Jadi, kepada pasangan yang sentiasa kepinginkan anugerah yang paling berharga itu, saya berdoa agar dengan kesabaran dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan itu, Allah akan mengabulkan permintaan pasangan itu. Hebatnya kuasa Allah tidak ada sesiapa pun dapat membacanya.
Moga-moga juga kita semua umat Muhammad SAW menjadi orang yang sentiasa pemurah dan banyak bersabar. Sesungguhnya orang yang sabar itu akan dibangkitkan kelak bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW. Tidakkah kita mahu bersama-sama dengan Rasulullah SAW kelak?
Sekian dulu untuk kali ini.